Penggunaan cincin perak bermotif bunga ketumbit dan pucuk kacang di kalangan remaja / Hafizul Moideen

Moideen, Hafizul (2001) Penggunaan cincin perak bermotif bunga ketumbit dan pucuk kacang di kalangan remaja / Hafizul Moideen. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.

Abstract

Pemakaian cincin merupakan suatu budaya lampau yang terus berkekalan sehingga ke hari ini. Cincin perak adalah unik dari sudut ragam hias, rekacorak, warna logam dan terdapat pelbagai bentuk dipasaran. Motif yang diukir pada cincin perak seringkali mendapat perhatian daripada pembeli cincin. Mereka yang menggemari cincin terdiri daripada kanak-kanak, golongan remaja dan dewasa sama ada lelaki atau pun wanita. Setiap bentuk cincin perak yang tersarung di jari mempunyai pelbagai motif ukiran tertentu. Lazimnya, jenis ukiran yang menjadi tempahan termasuklah motif ukiran tradisional yang berbentuk motif flora. Cincin perak yang diminati boleh diperolehi dalam bentuk 'Belah Rotan' atau bertatahkan berbagaibagai jenis batu permata berharga. Di samping penggunaan cincin perak yang begitu meluas di kalangan masyarakat setempat terdapat beberapa kelemahan yang ketara kepada pemiliknya Kelemahan inilah yang dikaji oleh pengkaji untuk melihat hubungan antara cincin perak dengan motif ukiran di kalangan masyarakat Kelantan. Golongan sasaran ialah remaja yang berumur di antara 18-25 tahun. Pengkaji ingin melihat kepekaan remaja Melayu mengenali dan membezakan motif Bunga Ketumbit dan Pucuk Kacang pada cincin perak yang mereka gunakan. Subjek kajian ini terdiri daripada 30 orang remaja di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Data analisis digunakan untuk melihat kecenderungan dan kepekaan golongan remaja terhadap kepentingan motif ukiran pada cincin perak. Keputusan yang diperolehi daripada hasil kajian soal selidik menunjukkan golongan remaja kurang peka terhadap aspek yang dikaji iaitu "Penggunaan Cincin Perak Bermotif Bunga Ketumbit Dan Pucuk Kacang Di Kalangan Remaja".

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Moideen, Hafizul
97185494
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Che Mat, Nik Abdullah Zawawi
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork
N Fine Arts > NX Arts in general > History of the arts > Malaysia
T Technology > TS Manufactures > Metal manufactures. Metalworking
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Ijazah Sarjana Muda Senireka Logam Halus
Keywords: cincin perak, ukiran tradisional, rekacorak, warna logam
Date: 7 July 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66571
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66571.pdf] Text
66571.pdf

Download (983kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

66571

Indexing

Statistic

Statistic details