Abstract
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah ditubuhkan pada 1 hb. September, 1979 berasaskan kepada Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) MPK. Kawasan pentadbiran MPK adalah seluas 325 km persegi yang merangkumi Mukim Kuala Kuantan, Mukim Beserah, Mukim Sungai Karang dan Mukim Ulu Kuantan. Kawasan ini merupakan hampir 10% daripada keluasan daerah Kuantan. Daripada keseluruhan kawasan pentadbiran MPK, 65 km persegi merupakan kawasan yang diberikan perkhidmatan perbandaran (kawasan cukai) selebihnya adalah terletak di bawah kawalan pembangunan MPK sahaja. MPK telah ditubuhkan dengan motonya "Jagailah Kebersihan Bandar Kuantan, Bandar Kita". Di peringkat awal penubuhannya, jumlah penduduk ialah seramai 121,547 orang dan sepuluh tahun kemudian jumlah penduduknya telah meningkat kepada 204,765 orang. Bagi memikul tanggungjawab yang mencabar, sistem pentadbiran MPK adalah tertakluk di bawah undang-undang Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memperuntukkan jawatan Ketua Eksekutif disandang oleh Yang Di Pertua iaitu YAB Menteri Besar dan dibantu oleh ahli-ahli Majlis seramai 24 orang.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sahat, Sa'diah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organization H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang |
UiTM Journal Collections: | Others > GADING |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 44-51 |
Keywords: | Majlis Perbandaran Kuantan, pentadbiran MPK, Akta Kerajaan Tempatan 1976 |
Date: | 1990 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65543 |