Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Garden Village Design Sdn Bhd (GVDSB) / Nor Azlan Othman and Khairul Hidayat Rezo

Othman, Nor Azlan and Rezo, Khairul Hidayat (2022) Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Garden Village Design Sdn Bhd (GVDSB) / Nor Azlan Othman and Khairul Hidayat Rezo. UiTM MOU / MoA.

Abstract

Satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Garden Village Design Sdn Bhd (GVDSB) telah termeterai bagi memperkukuhkan lagi kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak. Majlis yang dihadiri hampir 50 staf daripada UiTM dan GVDSB telah dijalankan secara tertutup di Hotel The Light, Seberang Jaya Pulau Pinang dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). UiTM diwakili oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang disaksikan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Kay Dora Abd Ghani, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTMCPP manakala GVDSB pula diwakili oleh YBrs. En. Suhaimi Ghazali, Pengarah Urusan GVDSB sambil disaksikan oleh YBrs. En. Hafiz Md. Zaki, Pengurus Besar GVDSB. Turut hadir bersama memeriahkan majlis tandatangan ini adalah YBhg. Prof. Datuk Raduan Che Rose, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutit Majlis Protesor Negara dan juga YBhg. Prof. Dr. Shariman Zainal Abidin, Penolong Naib Canselor Pengantarabangsaan UiTM (mewakili Ybhg. Prof. DatukTs. Dr. Hajah Roziah Janor, Naib Canselor UiTM). MoU ini adalah inisiatif bersama dua pusat pengajian iaitu Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) dan juga Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE). FPHP diwakili oleh En. Abdul Rahman Ahmad Rozali, En. Khairul Hidayat Rezo, En. Joesri Mohamad Saber, Dr. Zulhan Othman dan En. Sperico Michael Alden manakala PKE pula diwakili oleh Ir. Dr. Nor Azlan Othman. Perbincangan asal MoU ini lebih menjurus ke arah eko- pelancongan, teknologi hijau dan juga “hospitality and services”. GVDSB merupakan anak syarikat yang terletak di bawah pentadbiran syarikat utama iaitu Pearl House Design Sdn. Bhd. (PHDSB), pemaju perumahan yang terlibat dalam bidang industri pembangunan hartanah. Dalam meluaskan perniagaan berkonsepkan hospitality ini, GVDSB kini sedang melaksanakan projek pembangunan villa di Permatang Pauh Pulau Pinang, Baling Kedah dan Pulau Langkawi Kedah. Ketiga-tiga villa ini dibuat khas agar ianya dapat dihubungkaitkan dalam menyediakan servis pelancongan berkonsepkan eko-pelancongan yang mana terdapat pakej untuk pelancong bercuti ke semua destinasi tersebut bermula di Pulau Pinang dan berakhir di Pulau Langkawi, Kedah. Ketiga-tiga pembangunan ini akan dibangunkan menggunakan konsep Green Building Index (GBI) selaras dengan pengekalan alam semulajadi apabila ianya beroperasi kelak.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Nor Azlan
UNSPECIFIED
Rezo, Khairul Hidayat
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
UiTM Representative
Kasolang, Salmiah
UNSPECIFIED
UiTM Representative
Abd Ghani, Kay Dora
UNSPECIFIED
Agency Representative
Ghazali, Suhaimi
UNSPECIFIED
Agency Representative
Md. Zaki, Hafiz
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TX Home economics
T Technology > TX Home economics > Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service
T Technology > TX Home economics > Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: UiTM MOU / MoA
Keywords: MoU, UiTM, GVDSB
Collections: UiTM MoU / MoA
Date: 30 March 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63855
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63855.pdf] Text
63855.pdf

Download (2MB)

ID Number

63855

Indexing

Statistic

Statistic details