Mengadaptasi tanggungjawab sosial korporat dari sudut filantropi oleh hotel patuh syariah di Malaysia: satu kerangka konsep / Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wonga … [et al.]

Mohd Ashmir Wonga, Muhammad Syukri and Harun, Nur Hafizah and Moidin, Shofiyyah and Mamat, Norazlina (2022) Mengadaptasi tanggungjawab sosial korporat dari sudut filantropi oleh hotel patuh syariah di Malaysia: satu kerangka konsep / Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wonga … [et al.]. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 4 (1). pp. 1-13. ISSN 2590-3942

Official URL: http://www.cipsf.my/

Abstract

Menurut statistik terkini, sejumlah 724 buah hotel telah berjaya memperoleh sijil halal JAKIM. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut hanya beberapa buah hotel sahaja yang boleh diklasifikasikan sebagai Hotel Patuh Syariah (HPS). Sesebuah hotel akan dikategorikan sebagai patuh Syariah sekiranya memenuhi keperluan Syariah dari sudut pengurusan operasi, perkhidmatan, penyediaan makanan halal, aliran wang tunai dan juga kemudahan infrastruktur. Namun begitu dalam aspek aliran wang tunai, tanggungjawab sosial korporat (TSK) dari sudut filantropi kurang diberi penekanan dalam penilaian terhadap Hotel Patuh Syariah. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menilai kriteria-kriteria Hotel Patuh Syariah dari sudut tanggungjawab sosial korporat melalui filantropi. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan melalui kajian literatur dan dokumen berkaitan pematuhan Syariah dalam pengurusan hotel. Kaedah ini digunakan untuk menganalisis, memeriksa dan memilih data secara sistematik dan objektif bagi menghasilkan satu rangka kerja konseptual mengenai Hotel Patuh Syariah. Hasil kajian ini mendapati bahawa konsep tanggungjawab sosial korporat dari sudut filantropi tidak diberi perhatian yang sewajarnya dalam pengurusan dan operasi Hotel Patuh Syariah. Justeru, diharap kajian ini dapat membantu pengusaha hotel untuk menerapkan konsep tanggungjawab sosial korporat dari sudut filantropi dalam operasi Hotel Patuh Syariah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Ashmir Wonga, Muhammad Syukri
syukri@uitm.edu.my
Harun, Nur Hafizah
hafizahharun@uitm.edu.my
Moidin, Shofiyyah
shofiyyah@uitm.edu.my
Mamat, Norazlina
norazlinamamat@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Benevolent work. Social work. Welfare work, etc.
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research
T Technology > TX Home economics > Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Journal or Publication Title: Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF)
ISSN: 2590-3942
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 1-13
Keywords: Filantropi; Hotel patuh syariah; Syariah;Tanggungjawab sosial korporat
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59102
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 59102.pdf] Text
59102.pdf

Download (324kB)

ID Number

59102

Indexing

Statistic

Statistic details