Abstract
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga amat berharap agar ikatan suci yang dibina akan berkekalan selama-lamanya. Namun, ketentuan mengenai ajal maut danjodoh pertemuan manusia telah ditetapkan oleh Allah S.W.t. sejak azali lagi. Terdapat ramai di kalangan pasangan yang mendirikan rumah tangga tidak dapat mempertahankan kasih sayang yang telah dibina lalu memilih jalan berpisah buat sementara atau selama-lamanya iaitu bercerai. Kebiasaannya perceraian merupakan jalan terakhir yang diambil oleh pasangan suami isteri apabila menghadapi masalah dalam perkahwinan terutama jika ia melibatkan anak-anak. Allah s.w.t. amat membenci perceraian yang berlaku di antara suami isteri tetapi dalam masa yang sama menghalalkan perbuatan tersebut bila mana ia merupakan jalan terakhir yang boleh diambil bila berlaku perselisihan atau pergaduhan di antara keduanya. Kajian ini akan membincangkan mengenai hakikat perceraian dalam Islam iaitu dari segi konsep, dalil, hukum, rukun, lafaz, hikmah dihalalkan dan beberapa permasalahan yang timbul darinya. Sesungguhnya, Allah S.W.t. tidak akan menghalalkan sesuatu perkara melainkan terdapat faedah atau manfaat yang lahir darinya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Syed Alwi, Sharifah Faigah UNSPECIFIED Mohd Khalid, Abdul Khalil UNSPECIFIED Mohamed, Zulkefli UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2005 |
Event Dates: | 13 -15 Disember 2005 |
Page Range: | pp. 142-151 |
Keywords: | Perceraian, Islam, Institusi perkahwinan |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58466 |