Abstract
Keutamaan mencegah kemungkaran yang nyata berbanding kemungkaran tersembunyi. Kemungkaran yang nyata. Maksiat yang nyata adalah maksiat yang beriaku secara jelas dan terbuka di mana ia menggalakkan aktiviti mungkar dan mencemarkan iklim masyarakat Muslim. Ulama' bersepakat bahawa setiap individu muslim wajib mencegah kemungkaran yang jelas berlaku di hadapan mereka. Kesepakatan para ulama' ini menunjukkan tidak gugur kewajipan setiap individu muslim terutamanya dalam kalangan pemimpin untuk memerangi dengan bersungguh-sungguh segala kemungkaran yang nyata dan jelas dilakukan ditempat-tempat terbuka. Sebagai contoh, menghalang penganjuran konsert-konsert yang diyakini mengundang pergaulan bebas, membatalkan permohonan membuka premis- premis judi, menghentikan pelaburan terhadap perniagaan yang jelas haram seperti syarikat arak dan judi adalah lebih utama daripada mencegah maksiat tersembunyi seperti mengintip orang yang disyaki minum arak secara sembunyi. Keutamaan ini bukanlah menatikan kepentingan mencegah maksiat tersembunyi, namun sekiranya usaha mencegah kemungkaran ini tidak menurut teladan Sunnah SAW, ia tidak akan membuahkan hasil yang maksimum.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Musa, Nor Saadah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Keutamaan, Kemungkaran, Maksiat |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58011 |