Abstract
Kecemerlangan merupakan tuntutan Islam yang utama ke atas setiap individu muslim dalam semua aspek kehidupan. Ia juga adalah perkara yang sinonim dengan dunia akademik. Persoalannya adakah kecemerlangan yang terhasil di institusi akademik pada hari ini menepati piawaian kecemerlangan menurut perspektif Islam. Berdasarkan indeks, terdapat sebanyak 40 pengulangan perkataan al-fala:h dalam al-Quran yang menyentuh ciri-ciri kecemerlangan serta beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Allah SWT menerangkan kepada manusia tentang budaya cemerlang yang perlu diamalkan dan budaya negatif yang perlu dijauhi oleh mereka. Cemerlang dalam sesuatu pekerjaan pada pandangan segelintir masyarakat belum tentu benar dan positif berdasarkan kepada petunjuk-petunjuk dari al-Quran. Fokus utama kajian ini mengajak semua ahli akademik supaya menghayati konsep kecemerlangan dalam tugasan harian berasaskan kepada konsep al-fala:h dalam al-Quran. Kajian ini juga meneliti ciri-ciri insan cemerlang yang dinyatakan dengan jelas oleh Allah S.W T.. sebagai garis panduan kepada seluruh hamba-Nya. Kefahaman dan penghayatan terhadap konsep kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kepada al-Quran pasti memberi impak yang positif ke arah pembangunan dunia akademik.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Asjad asjad@pahang.uitm.edu.my Azman Jusoh, Mohd Kamal UNSPECIFIED Musahar, Saiful Johari saiful@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Study and teaching. Qurʼan studies. ʻUlūm al-Qurʼan B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Page Range: | pp. 53-71 |
Keywords: | Al-fala:h, Dunia akademik, Perspektif Islam |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57534 |