Abstract
Kajian ini di lakukan untuk menjelaskan tentang keberkesanan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar fakulti Pentadbiran Awam dan Perundangan yang mengikuti program pembelajaran fleksibel bagi Diploma Pentadbiran Awam (ALl 10). Pembelajaran elektronik adalah sebagai mekanisme barn untuk perhubungan atau komunikasi dengan rangkaian komputer, perpustakaan elektronik, pembelajaran jarak jauh,multimedia, jentera pencarian dan "online kelas". Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengetahui tahap komitmen pelajar-pelajar terhadap halacara pembelajarn fleksibel. Manakala objektif yang kedua pula untuk menentukan tahap keberkesanan sistem pembelajaran fleksibel dalam pembelajaran para pelajar ALllO. Selain itu, objektif yang ketiga pula adalah untuk menentukan tahap keberkesanan sistem pembelajaran elektronik dalam membantu meningkatkan pembelajaran pelajar ALllO. Seterusnya objektif yang terakhir adalah untuk menentukan tahap keberkesanan interaksi pelajar-pelajar dan pemudahcara pembelajaran. Penyelidikan yang di gunakan menggunakan kaedah kajian kes iaitu penyelidikan di fokuskan kepada pelajar Diploma Pentadbiran Awam (ALllO) yang mengikuti program pembelajaran fleksibel (FLP). Hasil penyelidikan ini temyata para pelajar tahu dan mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer dan internet dalam mengikuti program pembelajaran fleksibel dan ia perlulah di pertingkatkan sistem persembahan agar lebih ramai akan mengikuti program pembelajaran fleksibel.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhammat, Siti Nurul Huda UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Blended learning. Computer assisted instruction. Programmed instruction L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat |
Keywords: | Pembelajaran Secara Fleksibel, Pendidikan Jarak Jauh, Diploma Pentadbiran Awam (AL110), Universiti Teknologi MARA |
Date: | October 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57461 |
Download
57461.PDF
Download (1MB)