Penentuan kuasa beli pengunjung terhadap perkhidmatan pelancongan terpilih di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah / Nurul Izzah Ismail dan Jabil Mapjabil

Ismail, Nurul Izzah and Mapjabil, Jabil (2021) Penentuan kuasa beli pengunjung terhadap perkhidmatan pelancongan terpilih di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah / Nurul Izzah Ismail dan Jabil Mapjabil. In: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021). (Submitted)

Abstract

Artikel ini meneliti tentang kuasa beli pelancong dalam penggunaan sektor perkhidmatan terpilih di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Sektor perkhidmatan itu adalah pengangkutan, penginapan, makanan dan minuman serta aktiviti membeli-belah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik. Untuk itu, seramai 105 orang responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan daripada lapan penyataan untuk pemilihan sektor perkhidmatan, lima menunjukkan skor min ‘tinggi’ antara 3.62 hingga 3.95 dan tiga mencatatkan skor min ‘sederhana’ dalam julat 2.99 hingga 3.09. Seterusnya, skor min tertinggi adalah 3.95 untuk penggunaan sektor perkhidmatan pengangkutan iaitu bas, van, grab dan lain-lain yang lebih murah agar kuasa beli meningkat. Manakala skor min terendah pula adalah memilih untuk makan di restoran (seperti coffee house, bistro, cafe dll.) yang lebih berkualiti (privasi dan persekitaran yang tenteram) meskipun kuasa beli tidak meningkat. Ringkasnya, penentuan kuasa beli pelancong ini penting kepada pihak pemegang taruh agar dapat menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan sejajar dengan segmen pasaran yang ditetapkan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Nurul Izzah
nurul_izzah_ma20@iluv.ums.edu.my
Mapjabil, Jabil
jabil@ums.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Consumer behavior. Consumers' preferences. Consumer research. Including consumer profiling
H Social Sciences > HF Commerce > Consumer satisfaction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021)
Page Range: pp. 535-538
Keywords: kuasa beli, pengunjung, perkhidmatan, pelancongan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56883
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 56883.pdf] Text
56883.pdf

Download (30MB)

ID Number

56883

Indexing

Statistic

Statistic details