Penentuan kecenderungan tingkah laku pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu - psikosentrik dan alosentrik / Farzanna Yashera Abdulla ... [et al.]

Abdulla, Farzanna Yashera and Mapjabil, Jabil and Nazry, Natasya Farhana (2021) Penentuan kecenderungan tingkah laku pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu - psikosentrik dan alosentrik / Farzanna Yashera Abdulla ... [et al.]. In: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021). (Submitted)

Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai penentuan tingkah laku pelancong psikosentrik dan alosentrik di Kota Kinabalu, Sabah. Secara umumnya, kajian mengenai kecenderungan tingkah laku pelancong ini masih kurang dan terhad. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini meneliti faktor penentu kecenderungan tingkah laku pelancong psikosentrik dan alosentrik di Kota Kinabalu. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif, iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 70 orang pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju bahawa faktor kewangan yang dimiliki merupakan faktor yang paling utama dalam menentukan kecenderungan tingkah laku pelancong ketika melancong di Kota Kinabalu. Hal ini menunjukkan bahawa kecenderungan tingkah laku pelancong psikosentrik dan alosentrik dilihat daripada beberapa aspek tertentu. Oleh itu, kefahaman yang mendalam terhadap penentuan kecenderungan tingkah laku pelancong ini penting dalam membangunkan industri pelancongan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdulla, Farzanna Yashera
farzannayashera@gmail.com
Mapjabil, Jabil
jabil@ums.edu.my
Nazry, Natasya Farhana
Natasyafarhana2803@gmail.com
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Consumer behavior. Consumers' preferences. Consumer research. Including consumer profiling
H Social Sciences > HF Commerce > Consumer satisfaction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021)
Page Range: pp. 531-534
Keywords: kecenderungan, tingkah laku, pelancong, psikosentrik, alosentrik
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56878
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 56878.pdf] Text
56878.pdf

Download (30MB)

ID Number

56878

Indexing

Statistic

Statistic details