Keperluan elemen Al-Sarf Al-Wazifiyy dalam pengajaran asas Bahasa Arab / Muhammad Daoh … [et al.]

Daoh, Muhammad and Mahdi Yusuf, Sri Andayani and Mansor, Naqibah and Ahmad, Abdul Muqsith and Muhamad Nor, Mohd Nothman and Muhamad Isa, Rabi'atul Aribah (2021) Keperluan elemen Al-Sarf Al-Wazifiyy dalam pengajaran asas Bahasa Arab / Muhammad Daoh … [et al.]. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, p. 79. ISBN 978-967-2846-07-9
Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengemukakan analisis keperluan penguasaan elemen al-Sarf al- Wazifiyy (morfologi) dalam pengajaran asas bahasa Arab. Morfologi bahasa Arab merupakan pembinaan asas perkataan dalam bahasa Arab bagi membantu mengukuhkan al-Sarfiah (morfologi) dan penguasaan komponen yang berada di dalamnya. Kajian ini menggunakan pendekatan Design, and Development Research (DDR) bagi menjelaskan fasa analisis keperluan melalui kaedah tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif ke atas 103 orang guru bahasa Arab. Fasa analisis keperluan mendapati bahawa majoriti guru bahasa Arab dengan peratusan 93.2% (N:96) berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk membangunkan modul yang memfokuskan kepada aspek elemen al-Sarf al-Wazifiyy dalam pengajaran bahasa Arab. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan pemahaman guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran menerusi elemen al-Sarf al-Wazifiyy.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract Only]
Text (Abstract Only)
54313.pdf
Download (818kB)
Indexing & Metrics