Amalan kreativiti Rasulullah SAW dalam pendidikan Islam berdasarkan analisis hadis dan sirah nabawiyah / Tengku Nor Husna Tengku Jamil … [et al.]

Tengku Jamil, Tengku Nor Husna and Mohd Isa, Gazilah and Mohd Zamberi, Nurul Qudwatun Nisa’ and Mohd Diah, Muhammad Arif Syahin and Rosli, Muhammad Zulfadhli (2012) Amalan kreativiti Rasulullah SAW dalam pendidikan Islam berdasarkan analisis hadis dan sirah nabawiyah / Tengku Nor Husna Tengku Jamil … [et al.]. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 63. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka ciri-ciri kreativiti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam. Berdasarkan kepentingan elemen kreativiti, seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, ingin melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan negara abad ke 21. Kajian ini dapat mempelbagaikan amalan kreativiti bercirikan Islam berpandukan Rasulullah SAW. Menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis dokumen. Sumber data diperoleh daripada hadis-hadis sahih yang ditakhrijkan daripada kitab-kitab hadis dan kisah-kisah Rasulullah SAW berdasarkan kitab-kitab sirah yang muktabar. Data dianalisis secara analisis kandungan berdasarkan kisah-kisah yang dikenalpasti mengandungi ciri-ciri kreativiti. Hasil dapatan menunjukkan empat ciri kreativiti yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Kreatif, demonstrasi, inovasi dan analogi merupakan antara ciri yang digunakan oleh Rasulullah dalam menunjukkan kreativiti baginda SAW. Keempat-empat ciri ini perlu diintegrasikan dan diaplikasikan oleh para dai khususnya guru. Dapatan turut menggambarkan bahawa elemen kreativiti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW boleh digunakan ketika mendekati mad’u yang beragama Islam, baru memeluk Islam dan belum menerima Islam.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Tengku Jamil, Tengku Nor Husna
UNSPECIFIED
Mohd Isa, Gazilah
UNSPECIFIED
Mohd Zamberi, Nurul Qudwatun Nisa’
UNSPECIFIED
Mohd Diah, Muhammad Arif Syahin
UNSPECIFIED
Rosli, Muhammad Zulfadhli
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Sacred books > Koranic and other Islamic legends
L Education > LC Special aspects of education > Islamic education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 63
Keywords: Kreatif; Demonstrasi; Inovasi dan Analogi
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54262
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54262.pdf] Text
54262.pdf

Download (932kB)

ID Number

54262

Indexing

Statistic

Statistic details