Abstract
Tarekat tasawuf merupakan satu amalan kerohanian yang melibatkan berbagai elemen dalam proses pembentukan peribadi individu dan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam tarekat tasawuf terkandung pelbagai kaedah dan amalan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kerohanian individu. Kaedah ini melengkapi ilmu secara teori dan praktikal yang perlu dilaksanakan bagi mereka yang telah bersedia untuk menempuh jalan tasawuf. Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan, pilihan untuk beramal dengan tarekat tasawuf haruslah menepati landasan syariat. Demikian itu, perlunya penilaian terhadap tarekat tasawuf yang ingin diamalkan oleh individu dalam memastikan tarekat tersebut menepati syariat Allah SWT dan sunnah Nabi SAW. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan pengamalan zikir dalam majlis zikir tarekat al-Syazuliyah al-Darqawiyah di Negeri Sembilan dan keselariannya menurut perbahasan al-Quran dan al-Sunnah. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang bersifat analisis deskriptif melalui analisis dokumen berkaitan sumber ambilan tarekat, kaedah pemerhatian dalam majlis zikir dan temu bual bersama syeikh tarekat sebagai data sokongan. Mekanisme penganalisisan terhadap pengamalan tersebut menggunakan hadis sebagai dalil utama, disokong dengan dalil al-Quran serta pendapat ulama. Hasil kajian mendapati pengamalan zikir dalam majlis zikir tarekat al-Syazuliyah alDarqawiyah di Negeri Sembilan bertepatan dengan perbahasan al-Quran, hadis mahupun pendapat para ulama. Keselarian praktis zikir dalam majlis zikir tarekat dengan penetapan syarak boleh diteruskan sebagai satu bentuk pengamalan kerohanian dalam kalangan masyarakat.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Hamid, Mohammad Fahmi UNSPECIFIED Mohd Nor, Ahmad Rosli UNSPECIFIED Meerangani, Khairul Azhar UNSPECIFIED Md Ariffin, Mohd Farhan UNSPECIFIED Md Sharipp, Muhammad Taufiq UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Islamic philosophy B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Knowledge, Theory of (Islam) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Religious ceremonies, rites, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Volume: | 4 |
Page Range: | p. 42 |
Keywords: | Tarekat; Al-Syazuliyah; Al-Darqawiyah; Tasawwuf; Negeri Sembilan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54242 |