Model muzium patuh syariah di Malaysia: satu pengenalan / Siti Maimunah Kahal … [et al.]

Kahal, Siti Maimunah and Opir, Hajar and Abdul Rahim, Rahimin Affandi and Yahaya, Amiratul Munirah and Zafri, Nor Diyanah (2021) Model muzium patuh syariah di Malaysia: satu pengenalan / Siti Maimunah Kahal … [et al.]. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 15. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Dalam konteks dunia moden, muzium memainkan peranan penting dalam masyarakat. Apa yang jelasnya, muzium bukan hanya menjadi sumber penjana ekonomi pelancongan untuk sesebuah negara, bahkan ia menjadi alat untuk menerapkan ilmu serta mendidik ahli masyarakat agar bersesuaian dengan pelbagai dasar negara; termasuk juga tren pemikiran dan intelektual atau falsafah yang dipegang bersama dalam sesebuah masyarakat. Namun begitu, di sebalik kesemua fakta di atas, masih belum ada lagi kerangka muzium patuh syariah yang boleh digunakan oleh muzium di zaman moden. Hal ini diakui sendiri oleh sarjana muzium Barat yang menegaskan bahawa masih belum ada lagi garis panduan museumologi Islam yang boleh dirujuk. Kelompongan ini menyebabkan sarjana muzium Barat terpaksa bersusah payah mengkaji nas al-Quran dan as-Sunnah serta kitab-kitab Fiqh - untuk mengetahui apa yang dibolehkan dan tidak dibolehkan dalam sesuatu pameran galeri Islam. Apa yang ada setakat ini hanyalah garis panduan dan etika muzium yang ditetapkan oleh ICOM (International Council of Museum). Isi kandungan garis panduan ICOM ini hanyalah garis panduan secara umum semata-mata yang rata-rata di peringkat pelaksanaannya hanya dijalankan mengikut kesesuaian dengan budaya sesuatu masyarakat. Justeru itu, berasaskan kepada fakta ini, kajian ini akan cuba mengemukakan kerangka museumologi Islam yang didasarkan kepada pembelajaran terhadap kerangka museumologi moden yang ditetapkan oleh ICOM. Kajian ini akan menggunapakai kajian kepustakaan berteraskan kepada sumber primari dan sekondari. Kesemua sumber ini akan dianalisa menggunakan world-view Islam. Di akhir kajian, ia bakal melahirkan kerangka museumologi Islam.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kahal, Siti Maimunah
UNSPECIFIED
Opir, Hajar
UNSPECIFIED
Abdul Rahim, Rahimin Affandi
UNSPECIFIED
Yahaya, Amiratul Munirah
UNSPECIFIED
Zafri, Nor Diyanah
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > Museums (General). Collectors and collecting (General)
A General Works > Museums (General). Collectors and collecting (General) > Description and history of museums > By region or country, A-Z > Asia > Other Asian countries, A-Z > Malaysia
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 15
Keywords: Muzium; Patuh Syariah; International Council of Museum; Kerangka museumologi Islam
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54211
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54211.pdf

Download (819kB)

ID Number

54211

Indexing

Statistic

Statistic details