Tahap kepatuhan terhadap keputusan Mahkamah Syariah dalam kes nafkah -satu kajian kes / Fatimah Sulaiman...[et al.]

Sulaiman, Fatimah and Bahrom, Hasan and Sulong, Che Norzila and Awang, Halimahton (2006) Tahap kepatuhan terhadap keputusan Mahkamah Syariah dalam kes nafkah -satu kajian kes / Fatimah Sulaiman...[et al.]. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Pelbagai masalah timbul akibat dari perceraian seperti masalah hadanah, harta sepencarian, fara’id dan masalah nafkah. Isu nafkah menduduki ranking paling atas dalam senarai kes perceraian di Mahkamah Syariah Terengganu. Sekalipun pun kajian berhubung dengan persoalan nafkah telah banyak dibuat, tetapi topik kepatuhan terhadap keputusan mahkamah masih sedikit dibicarakan sedangkan persoalan ini amat penting kerana berjaya atau gagal sesuatu kes mahkamah adalah terletak kepada kepatuhan terhadap keputusan yang dikeluarkan. Kajian yang dilakukan ini melihat secara lebih dekat aspek tahap kepatuhan, kadar pengabaian, sebab-sebab berlakunya ketidakpatuhan dan langkah-langkah yang telah dilaksanakan dalam menangani masalah ini. Walau pun kadar perceraian di Terengganu tinggi, kajian mendapati kes berkaitan tuntutan nafkah tidak pula begitu. Ini bermakna kes pengabaian nafkah dan pengingkaran perintah mahkamah di Terengganu rendah dan menunjukkan ramai lelaki bersedia melaksanakan tanggungjawab tersebut. Kadar yang rendah bukan bermakna ia tidak menjadi suatu masalah di Terengganu. Kebimbangan wajar timbul memandangkan kadar ketidakpatuhan perintah mahkamah bertambah setiap tahun termasuk tahun 1999 hingga 2004. Langkah-langkah yang diambil untuk meyelesaikan masalah ini masih belum berkesan. Fenomena ini wujud ekoran dari beberapa sebab seperti kedegilan penghutang penghakiman, kejahilan pemiutang penghakiman, kerjasama yang kurang memuaskan dari pihak lain, undang-undang yang tidak kemas dan lain-lain Pada bahagian akhir kajian penyelidik telah membuat beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah ini. Penyelesaian ke tahap sifar mungkin sukar. Walaubagaimana pun dengan cadangan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kadar pengabaian nafkah dan ketidakpatuhan terhadap perintah mahkamah dalam kes nafkah.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sulaiman, Fatimah
UNSPECIFIED
Bahrom, Hasan
UNSPECIFIED
Sulong, Che Norzila
UNSPECIFIED
Awang, Halimahton
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Perception
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Islamic religious life
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Islamic religious life > Special classes of persons, A-Z
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Islamic religious life > Special classes of persons, A-Z > Women > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Keywords: Mahkamah Syariah ; Perceraian ; Harta Sepencarian ; Fara’id
Date: September 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/53197
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 53197.pdf] Text
53197.pdf

Download (147kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Kaunter Perkhidmatan Maklumat | Perpustakaan Cendekiawan | Dungun

ID Number

53197

Indexing

|

Statistic

Statistic details