Kebolehupayaan membaca al-Quran di kalangan pelajar Diploma UiTM Terengganu : satu kajian kes / Azarudin Awang, Azman Che Mat and Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakub

Awang, Azarudin and Che Mat, Azman and Yaakub, Ahmad Nazuki @ Marzuki (2010) Kebolehupayaan membaca al-Quran di kalangan pelajar Diploma UiTM Terengganu : satu kajian kes / Azarudin Awang, Azman Che Mat and Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakub. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Isu kebolehupayaan pelajar UiTM membaca al-Qu ’ran dengan baik merupakan salah satu komponen penting dalam membangunkan modal insan. Kegagalan menguasai pembacaan al-Qu ’ran memberi impak terhadap perlaksanaan ibadah khususnya yang melibatkan tuntutan yang diwajibkan seperti ibadah solat memandangkan wujud rukun yang memerlukan membaca ayat-ayat al-Qu ’ran dengan kaedah yang betul. Sehubungan dengan itu satu kajian dijalankan bagi mengenalpasti sejauhmana kebolehupayaan pelajar-pelajar Diploma UiTM Terengganu yang berada di tahun akhir pengajian menguasai pembacaan al-Qu’ran. Pengalaman pengajian responden menerima ilmu yang berkaitan dengan al-Qu ’ran sama ada di luar atau di dalam UiTM menentukan kebolehupayaan mereka menguasai pembacaan al-Qu ’ran dengan baik. Maklumat kajian diperolehi melalui dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Melalui kaedah kuantitatif, data diperolehi melalui sampel soalselidik daripada 500 orang pelajar diploma tahun akhir manakala kaedah kualitatif dilakukan melalui temubual soalan berangka dengan 6 orang pelajar tahun akhir yang dipilih secara rawak. Data kajian yang dikumpul ini seterusnya diproses dengan menggunakan program windows SPSS ver si 12.0 Penemuan kajian menunjukkan bahawa para pelajar agak serdahana dalam menguasai aspek-aspek pembacaan al-Qu’ran. Namun begitu dalam beberapa aspek tertentu masih ramai di antara mereka yang agak lemah dalam menguasai pengetahuan tentang lagu, bacaan berlagu, pengetahuan hukum tajwid dan pembacaan secara bertajwid. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan penguasaan membaca al-Qu’ran mengikut pembolehubah jantina, sekolah asal pengajian, bidang pengajian dan pencapaian matapelajaran Agama Islam pada peringkat SPM. Beberapa cadangan dikemukakan bagi penambahbaikan yang boleh membantu permasalahan yang dihadapi.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 52320.pdf] Text
52320.pdf

Download (140kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

52320

Indexing

Statistic

Statistic details