Terapi solat dalam menangani penyakit gelisah menurut psikoterapi Islam / Ahmad Hisham Azizan

Azizan, Ahmad Hisham (2012) Terapi solat dalam menangani penyakit gelisah menurut psikoterapi Islam / Ahmad Hisham Azizan. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.

Abstract

Solat merupakan makanan rohani dan terapi kepada roh manusia. Solat dalam unsur makanan rohani merupakan syiar atau lambang keagamaan yang lebih tinggi, mulia dan agung daripada ibadat-ibadat yang lain di mana apabila dikaji kebaikannya, ia meliputi aspek-aspek akidah, ibadat, kerohanian, akhlak, sosial, politik, ekonomi dan kebudayaan manusia sebagai hamba Allah S.W.T. yang patuh dan benar-benar bahagia dan berjaya dalam kehidupan dunia dan di akhirat. Solat dalam unsur terapi pula merupakan kesempatan bagi hamba Allah S.W.T. merendahkan diri, menyatakan kekurangan dan hajat, mencurahkan air mata serta memanjatkan doa kepada Allah S.W.T. dan tidak boleh ditinggalkan walaupun dalam keadaan duka, suka, perang, damai, gelisah, sihat mahupun sakit. Oleh itu, apabila membicarakan tentang solat, manusia dapat melihat bagaimana solat membina iman, mendidik fizikal, membentuk rohani, menyucikan hati serta menangani pelbagai penyakit terutamanya penyakit gelisah ini. Solat bukan sekadar kewajipan yang harus ditunaikan oleh seorang hamba kepada Penciptanya bahkan solat mempunyai fungsifungsi tertentu lagi istimewa dalam kehidupan manusia di muka bumi ini.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50752.pdf] Text
50752.pdf

Download (5MB)

ID Number

50752

Indexing

Statistic

Statistic details