Pengalaman menggunakan perisian alice dalam memperkenalkan pengaturcaraan berorientasikan objek / Nursyahidah Alias, Nor Zalina Ismail and Mohd Rizal Razak

Alias, Nursyahidah and Ismail, Nor Zalina and Razak, Mohd Rizal (2012) Pengalaman menggunakan perisian alice dalam memperkenalkan pengaturcaraan berorientasikan objek / Nursyahidah Alias, Nor Zalina Ismail and Mohd Rizal Razak. In: Prosiding KONAKA 2012, 5 - 6 November 2012, Gambang Resort, Kuantan, Pahang.

Abstract

Pengaturcaraan berorientasikan objek adalah subjek yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar pengaturcaraan. Kebiasaannya pelajar pada semetser 1 dan 2 akan diperkenalkan dengan pengaturcaraan berstruktur terlebih dahulu. Pengaturcaraan berstruktur memfokuskan kepada penyelesaian masalah menggunakan rekabentuk prosedur logik yang melibatkan mengambil data input, memproses data input tersebut dan menghasilkan data output. Kemudian, pada semester 3 pelajar diperkenalkan pula dengan pengaturcaraan berorientasikan objek. Pengaturcaraan berorientasikan objek memfokuskan kepada penyelesaian masalah menggunakan rekabentuk objek dan data. Lazimnya pelajar mengalami masalah dalam memahami peralihan rekabentuk pengaturcaraan dari berstruktur kepada berorientasikan objek. Pensyarah juga mengalami masalah dalam menerangkan secara jelas perbezaan cara merekabentuk penyelesaian masalah tersebut. Perisian Alice dilihat dapat membantu pensyarah untuk digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam memperkenalkan pengaturcaraan berorientasikan objek kepada pelajar. Perisian tersebut menggunakan objek Alice yang boleh dilihat secara fizikal bersama dengan tindakan yang boleh dibuat oleh Alice. Kertas ini membincangkan pengalaman menggunakan perisian Alice untuk digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran berorientasikan objek. Dengan menggunakan perisian tersebut objek Alice tersebut dapat difahami dengan jelas. Namun begitu, kebiasaannya apabila dalam pengajaran pengaturcaraan berorientasikan objek, objek dan data yang diwakilkan tidak dapat dilihat secara fizikal seperti Alice.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alias, Nursyahidah
syahidah@pahang.uitm.edu.my
Ismail, Nor Zalina
nza1601@pahang.uitm.edu.my
Razak, Mohd Rizal
dragon_admire007@pahang.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Instructional systems > Computers in education. Electronic data processing
L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Instructional systems > Computers in education. Electronic data processing > Computer assisted instruction. Programmed instruction
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA 2012
Event Dates: 5 - 6 November 2012
Page Range: pp. 229-236
Keywords: Pengaturcaraan, Berorientasikan Objek, Alice
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50131
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50131.PDF] Text
50131.PDF

Download (2MB)

ID Number

50131

Indexing

Statistic

Statistic details