Abstract
Terdapat banyak tanggapan masyarakat mengenai perbezaan kualiti perkhidmatan di antara staf kerajaan
dengan staf swasta. Sesetengah pendapat mengatakan cara kerja pihak swasta adalah lebih efisyen berbanding
kerajaan. @amun tiada petunjuk yang jelas mengenainya. Secara ringkasnya, terdapat pelbagai aspek yang boleh menyumbang kepada perkara ini. Persekitaran pejabat dikenalpasti sebagai salah satu aspek tersebut.
Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Andrian Laeman, suhu, kualiti udara, pencahayaan dan bunyi
bising di tempat kerja boleh mempengaruhi tumpuan kerja dan produktiviti. Berdasarkan kajian tersebut, kajian
ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap aspek persekitaran pejabat dan fasiliti
yang disediakan oleh lima belas (15) pejabat kerajaan di Seremban, @egeri Sembilan. Tujuan kajian ini
dijalankan antara lain adalah bagi mengenalpasti aspek persekitaran yang boleh mempengaruhi tumpuan kerja
mengikut keutamaannya. Sebanyak seratus lima puluh (150) set borang soal selidik telah diterima dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) bagi mencapai hasil kajian. Penemuan kajian menunjukkan kebanyakkan responden mempunyai tahap persepsi yang sederhana terhadap persekitaran di mana aspek pencahayaan berada dikedudukan teratas yang paling memuaskan hati responden. Sementara itu, susunatur pejabat dikenalpasti sebagai aspek yang paling tidak memuaskan. Selain itu, analisis kajian juga menunjukkan kesemua aspek persekitaran pejabat boleh mempengaruhi tumpuan pekerja terhadap kerja mereka.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kamarulzaman, Noorazlina UNSPECIFIED Abdullah Saleh, Alia UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration > Special elements in interior decoration, A-Z > Furniture N Fine Arts > NK Decorative arts > Furniture N Fine Arts > NK Decorative arts > Furniture > Furniture design T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Environmental engineering T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Engineering design |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012) |
Event Dates: | 16-17 April 2012 |
Page Range: | pp. 715-722 |
Keywords: | Persekitaran pejabat, Pengurusan fasiliti |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43035 |