Abstract
Penipuan produk makanan halal menjadi isu utama dihadapi para pengguna Islam di Malaysia yang turut menjejaskan keyakinan terhadap status halal sesebuah produk. Bagi umat Islam, menjaga kebersihan dalam setiap aspek pemakananan merupakan suatu kewajipan syarie yang dimanifestasikan dalam konsep ‘Halalan Tayyiban’ disebabkan kaitannya dengan pembentukan fizikal, kesucian spiritual, kejemihan minda dan keberkatan hidup. Namun, kes-kes penipuan masih berlaku walaupun pihak Kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hub halal dunia. Faktor utamanya, sikap pihak pengusaha, yang hanya memaksimumkan keuntungan di sebalik label halal di mana para pengguna Islam pula menjadi mangsa. Justeru, kajian ini cuba meninjau secara kritis sikap umat Islam sendiri khususnya di kawasan Permatang Pauh Pulau Pinang, berhubung kes-kes penipuan produk halal, untuk dikenalpasti tahap sensitiviti, bentuk tindakan, dan langkah-langkah preventif-agresif bagi mencegah kejadian tersebut daripada berulang semula. Kajian ini turut mengemukakan beberapa cadangan bemas kepada semua pihak ; pengguna, masyarakat, pengusaha produk dan juga kerajaan sebagai suatu usaha menjaminkan konsep ‘‘Halalan Tayyiban’ di Malaysia selaras dengan hasrat yang dicanangkan. Dalam hal ini, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa dan tindakan sewajamya para pengguna Islam sangat diperlukan selain para pengusaha produk makanan sendiri wajar menghormati sensitiviti umat Islam.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mahaiyadin, Mohd. Hapiz UNSPECIFIED Suhaimi, Roshaimizam UNSPECIFIED Taha, Mohd. Marbawi UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Works about the Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Keywords: | Penipuan, Malaysia, Halalan Tayyiban |
Date: | April 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41720 |
Download
41720.PDF
Download (94kB)