Laporan kajian taraf kebajikan pekerja sektor perindustrian di Negeri Melaka / Abd Halim Mohd Noor, Arifin Md Salleh, Mazita Abdullah dan Rozman Hussin

Mohd Noor, Abd Halim and Md Salleh, Arifin and Abdullah, Mazita and Hussin, Rozman (1994) Laporan kajian taraf kebajikan pekerja sektor perindustrian di Negeri Melaka / Abd Halim Mohd Noor, Arifin Md Salleh, Mazita Abdullah dan Rozman Hussin. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian taraf kebajikan pekerja sektor perindustrian dinegeri Melaka, adalah kerjasama di antara Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dengan Institut Teknologi Mara (ITM) Melaka. Kajian ini melibatkan seramai 600 responden dari 90 buah kilang di tujuh
kawasan peridustrian.
Taraf kebajikan pekerja perlu diberikan perhatian, memandangkan sektor perindustrian merupakan tunggak kegiatan ekonomi negara. Jika taraf kebajikan ini tidak diambil perhatian yang serins samada oleh kerajaan atau majikan, ini akan mewujudkan suasana yang tidak harmonis, bolih mengakibatkan kerugian kepada semua pihak yang terbabit. Penemuan kajian ini dibincangkan di bab 4. la menunjukkan sebilangan besar majikan telah menyediakan kemudahan-kemudahan seperti kediaman, pengangkutan, kesihatan, pakaian kerja, kantin, tempat dan masa untuk beribadah dan cuti. Dari segi aspek pendapatan, didapati pendapatan purata di kalangan pekerja kilang ialah RM 549.44. Bagaimanapun gaji asas pekerja adalah rendah iaitu RM 320.40. Aspek-aspek seperti pembangunan sumber manusia, kemalangan di tempat bekerja, skim perlindungan insuran, penglibatan dalam pertubuhan samada dalaman atau luaran perlu diberi perhatian. Permasalahan taraf kebajikan ini juga perlu mengambilkira kehadiran pekerja- pekerja asing.
Beberapa cadangan untuk mempertingkatkan lagi taraf kebajikan pekerja kilang dikemukakan di Bab 5. Antara cadangan ialah menggalakkan program pembangunan sumber manusia, memperkenalkan program kilang penyayang, penubuhan pejabat halehwal kesatuan sekerja disetiap kawasan perindustrian, menyediakan program dan kemudahan bersukan, memastikan pekerja diberikan perlindungan yang sempurna dan menumpukan perhatian terhadap kebajikan pekerja asing. Kajian lanjut terutamanya terhadap usaha-usaha mempertingkatkan penglibatan pekerja- pekerja kilang dengan persatuan luar dan aspek-aspek jaminan sosial hendaklah di lakukan oleh pengkaji-pengkaji seterusnya. Akhir sekali, hubungan tripartisme: kerajaan, majikan dan pekerja untuk mempertingkatkan taraf kebajikan pekerja adalah perlu. Hubungan ini hendaklah dilandaskan atas prinsip faedah bersama yang lebih seimbang, lebih-lebih lagi negara kini pesat mengalami proses pembangunan perindustrian kearah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Noor, Abd Halim
UNSPECIFIED
Md Salleh, Arifin
UNSPECIFIED
Abdullah, Mazita
UNSPECIFIED
Hussin, Rozman
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management
H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Employee rights
H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Job satisfaction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka
Keywords: Kebajikan pekerja; Sektor perindustrian; Negeri Melaka
Date: 1994
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41640
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 41640.pdf] Text
41640.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

41640

Indexing

Statistic

Statistic details