Abstract
Keperluan terhadap maklumat amat penting kerana dunia sedang memasuki era maklumat yang semakin mencabar. Maklumat merupakan alat yang membawa kelebihan kepada sesebuah industri mencapai kemajuan ekonomi dan sosial. Selaras dengan itu, penyelidikan bertajuk Keperluan Maklumat di Kalangan Sektor Industri Perkilangan di Shah Alam telah dijalankan untuk mengenalpasti keperluan maklumat sektor ini. Sebanyak 70 responden dipilih daripada senarai nama dan alamat organisasi FMM Directory 1997 terlibat dalam penyelidikan ini dan seramai 46 responden memberikan maklumbalas. Secara keseluruhannya nama-nama orang perseorangan di kenal pasti sebagai bidang maklumat yang paling tinggi penggunaannya, manakala media cetak iaitu surat khabar merupakan sumber maklumat yang utama. Penggunaan teknologi maklumat juga semakin popular dalam sektor ini iaitu penggunaan e-mail dan Internet. Penemuan penyelidikan juga mendapati penggunaan perpustakaan/pusat maklumat dalam sektor ini amat rendah penggunaannya dan majoriti responden mendapat maklumat daripada rakan-rakan berbanding mendapatkannya sendiri.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Samuri, Suzaliana 95416252 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Abdullah, Szarina UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Indexes (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Information Management |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat (Kepujian) |
Keywords: | Industri perkilangan, teknologi maklumat, FMM Directory 1997 |
Date: | 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39785 |
Download
39785.pdf
Download (1MB)