Abstract
Tipologi pelancong domestik bagi sebuah destinasi pelancongan bandar adalah pengkelasan pelancong domestik kepada segmen-segmen khusus yang dicirikan oleh beberapa faktor yang serupa seperti profil pelancong, ciri-ciri perjalanan, motivasi pelancong, aktiviti yang dilakukan serta tahap kepuasan dan pengalaman yang diperolehi pelancong semasa membuat lawatan ke sesebuah destinasi pelancongan bandar. Bandar adalah merupakan destinasi yang mempunyai pelbagai fungsi yang dikunjungi samada oleh penduduk tempatan mahupun pelancong/ pengunjung domestik dari luar. Biasanya. tarikan pelancongan bagi sebuah bandar adalah melibatkan sumberjaya kebudayaan dan warisan selain sebagai destinasi membeli-belah dan rekreasi. Oleh itu, kajian ini akan melihat dan mengenalpasti siapakah pelancong / pengunjung domestik yang mengunjungi Bandar Melaka dan bagaimanakah ciri-ciri mereka hasil dari beberapa faktor yang telah disebutkan di atas. Soalselidik pelancong dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membina tipologi pelancong bagi Bandar Melaka ini. Hasil kajian mendapati bahawa keadaan bandar yang kompleks tidak menjadi penentu terhadap pembentukan tipologi pengunjung domestik, memandangkan pengguna (pelancong/ pengunjung) domestik tidak melibatkan bilangan penduduk tempatan yang tinggi. Ini adalah disebabkan oleh perubahan fungsi Bandar Melaka yang tidak lagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan. Justeru, Bandar Melaka dilihat sebagai destinasi yang hanya menarik minat pelancong domestik dari luar kawasan Negeri Melaka dan aktiviti serta penawaran produk pelancongan bandar yang ada tidak mempengaruhi kedatangan pengunjung dari kalangan penduduk tempatan. Kesimpulan yang dibuat adalah Bandar Melaka dikunjungi oleh majoriti pelancong/ pengunjung domestik dari luar Negeri Melaka dan tipologinya dipengaruhi oleh faktor-faktor penawaran produk pelancongan yang tertentu yang terdapat di Bandar Melaka.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Nurzeti UNSPECIFIED Abdullah, Hasniza UNSPECIFIED Hashim, Nurul Huda UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism > Malaysia H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research > Statistical methods |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Keywords: | Kebudayaan Dan Warisan, Pelancongan, Tipologi, Melaka |
Date: | July 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35606 |
Download
35606.PDF
Download (120kB)