Abstract
Pertikaian antara pengguna dan peniaga menuntut kepada penyelesaian. Oleh itu satu mekanisme tebus rugi pengguna adalah perlu bagi pengguna membuat tuntutan apabila berlakunya pertikaian. Umumnya pertikaian antara dua pihak akan disalurkan ke institusi kehakiman. Namun begitu, institusi kehakiman yang mengamalkan sistem litigasi dilihat tidak sesuai sebagai medan tebus rugi pengguna di sebabkan oleh faktor kos, masa dan prosidur yang rumit. Oleh itu, satu mekanisme tebusrugi pengguna yang khusus adalah perlu bagi pengguna membuat tuntutan jika berlakunya pertikaian. Menyedari hakikat ini, beberapa pendekatan telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah pengguna ini, salah satunya adalah dengan cara penubuhan mekanisme tebusrugi alternatif. Umumnya tuntutan pengguna adalah terdiri daripada tuntutan kecil, maka kewujudan Mahkamah Tuntutan Kecil amat dialu-alukan oleh pengguna pada masa itu. Namun begitu, kini mekanisme tebusrugi pengguna tidak hanya tertumpu kepada mahkamah semata-mata. Sekarang pengguna telah dihidangkan dengan mekanisme tebusrugi alternatif yang telah diperkenalkan di Malaysia. Kewujudan mekanisme ini memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan keadilan secara yang lebih murah, mudah dan cepat. Kajian ini akan melihat perkembangan mekanisme tebusrugi pengguna daripada penggunaan mahkamah kepada penggunaan mekanisme tebusrugi alternatif iaitu Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia sebagai mekanisme tebusrugi pengguna di Malaysia.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zakuan, Zeti Zuryani zeti@uitm.edu.my Ahmad Yusoff, Sakina Shaik UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Consumer satisfaction H Social Sciences > HF Commerce > Consumer satisfaction > Malaysia H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Keywords: | Tebusrugi, Mahkamah Tuntutan Kecil, Malaysia |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34941 |
Download
34941.PDF
Download (1MB)