Abstract
Penulis ingin menyentuh mengenai apakah yang dimaksudkan dengan model serta penggunaannya pada papan iklan. Dapatkah ia menarikkan lagi papan iklan pada masa kini (90-an), definasi papan iklan serta fungsinya terhadap masyarakat dan tempat strategik papan iklan ini agar ianya menjadi tontonan orang ramai. Penulis juga ingin menyingkap tujuan papan iklan dan perbezaan di antara papan iklan yang menggunakan model dan yang tidak menggunakan model.Manakah lebih berkesan serta kepentingan elemen-elemen grafik di dalam menghasilkan sebuah papan iklan yang menarik dan diterima oleh pengguna.
Papan iklan terdapat di dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ianya bergantung kepada tempat didirikan. Penggunaan 'model' papan iklan juga mempunyai sasaran yang tersendiri seperti golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak.Ia bergantung kepada produk atau perkhidmatan yang diiklankan. Penggunaan 'model' adalah berbeza mengikut audien sasaran iaitu golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak. Penulisan kajian ini juga bertujuan untuk menyingkap penggunaan 'model' papan iklan pada masa kini iaitu tahun 90-an. Adakah penggunaan 'model' pada papan iklan pada masa kini membantu memberi mesej atau pendedahan yang boleh dicontohi ataupun tidak.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Nawi, Rohaiza 96223640 |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Advertising H Social Sciences > HF Commerce > Advertising > Methods. Outdoor advertising. Billboards. Posters |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Bachelor of Graphic Design (AD241) |
Keywords: | Penggunaan 'model'; Papan iklan; Malaysia |
Date: | 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33878 |
Download
33878.pdf
Download (3MB)