Abstract
Asas aqidah setiap individu muslim wajib berpegang kepada dua sumber perundangan iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Al-Sunnah merangkumi segala bentuk perkataan, perbuatan dan perakuan Rasulullah SAW dalam menerangkan nas-nas al-Quran yang kurang jelas dengan penambahan pengajaran dan hukum yang tidak terdapat dalam al-Quran. Namun demikian, dewasa ini semakin ramai umat Islam yang kurang memahami, mempelajari dan menghayati apa yang terkandung dalam al-Sunnah yang sepatutnya dijadikan sumber rujukan utama dalam menyelesaikan pelbagai masalah hukum yang timbul di kalangan umat Islam. Sebaliknya mereka lebih banyak menggunakan logik akal dan nafsu untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku. Kesannya,hari ini kita dapat melihat berapa ramai umat Islam yang terpesong dari landasan keimanan disebabkan ceteknya pemikiran mereka kerana meminggirkan syariat Islam sebagai proksi kegemilangan ketamadunan ummah. Di samping itu, telah lahir golongan-golongan yang tidak mempercayai hadith atau Sunnah Rasulullah SAW yang boleh membawa kepada kekafiran seseorang. Justeru itu, penulisan ini diketengahkan untuk membincangkan kaedah untuk berinteraksi dengan al-Sunnah berasaskan pemikiran cendikiawan Islam yang terulung iaitu Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang merupakan salah seorang mujtahid Islam kontemporari. Kesimpulannya, diharap penulisan ini membantu masyarakat Islam untuk mendaulatkan kembali al-Sunnah sebagai sumber utama perundangan Islam dalam menyelesaikan pelbagai masalah ummah.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aurani, Jamalia UNSPECIFIED Wan Daud, Wan Naimah UNSPECIFIED Lateh, Ahmad Termizi UNSPECIFIED Zainuddin, Noor Azura UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion. Mythology. Rationalism > Philosophy of religion. Psychology of religion. Religion in relation to other subjects B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Islamic religious life |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus |
Journal or Publication Title: | Jurnal Intelek |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI) |
ISSN: | 2682-9223 |
Volume: | 6 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 177-186 |
Keywords: | Interaksi, Sunnah, Prinsip |
Date: | December 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33746 |