Abstract
Sistem penilaian prestasi bermula sebagai satu kaedah ringkas untuk keadilan agihan pendapatan iaitu dalam memastikan sama ada gaji atau pendapatan yang diterima oleh seseorang pekerja itu setimpal dengan pekerjaannya atau tidak. Dalam erti kata lain, sekiranya prestasi pekerja itu kurang memuaskan, maka gaji akan dipotong, dan jika prestasinya lebih baik daripada jangkaan penyelia, maka gaji akan dinaikkan. Secara ringkasnya, proses ini dikaitkan dengan material pengeluaran seseorang pekerja itu. Tujuan kajian ini adalah untuk memberi pemahaman dan pendedahan kepada penjawat awam tentang objektif sebenar kerajaan melalui Sistem Penilaian Prestasi dan secara tidak langsung meningkatkan keupayaan pengurusan persoenl perkhidmatan Awam dari segi profesionalisme, kualiti dan produktiviti. Untuk menjalankan penyelidikan dan kajian bagi tesis ini kami telah menggunakan data primer iaitu sesi temubua dan borang soal selidik. Dari data sekunder pula kami dapatkan dari perpusatakan dan laman web Jabatan Ketua Menteri. Teknik-teknik persampelan yang dilakukan ialah seperti persampelan secara rawak mudah dan sample sasaran. Sais sample untuk kajian ini kami telah memilih penjawat awam daripada Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri. Kajian ini kelak diharap dapat memberi sedikit sebanyak maklumat yang diperlukan dalam masa-masa kajian yang akan dibuat di masa hadapan
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Spawi, Baijury Dzulhizam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. UNSPECIFIED Wilson, Catherine UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Job satisfaction H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Performance standards |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Programme: | Law |
Keywords: | Pekerja, Sistem Prestasi, Sumber Manusia, Ketua Menteri |
Date: | September 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30826 |
Download
PP_BAIJURY DZULHIZAM BIN HJ.SEPAWI LW Q 02_5.PDF
Download (2MB)