Kajian ke atas nilai kadar pembaziran bahan binaan di tapak bina / Norsuzilawati Abdul Malek

Abdul Malek, Norsuzilawati (2002) Kajian ke atas nilai kadar pembaziran bahan binaan di tapak bina / Norsuzilawati Abdul Malek. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Penilaian kadar pembaziran bahan binaan di tapak bina merupakan suatu proses yang mana pihak kontraktor menggunakan peratusan pembaziran yang sesuai atau telah ditetapkan oleh pihak syarikat semasa memasukkan harga tender. Penilaian kadar pembaziran ini mungkin djdapati daripada pengalaman lepas tentang bahan binaan atau dari beberapa pengarang buku atau hanya dengan menganggarkan kemungkinan pembaziran yang difikirkan- berlaku. Kadar yang mereka perolehi dari sumber tadi mungkin ada antaranya adalah tepat tetapi kebanyakan nilai kadar ini tidak mempunyai bukti yang praktikal. Ini menyebabkan nilai kadar yang digunakan didapati kurang atau terlebih untuk menanggung keadaan sebenarnya. Terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan kadar pembaziran bahan di tapak bina ini berbeza-beza. Di antaranya disebabkan oleh jenis pembaziran itu sendiri, iaitu samada pembaziran secara langsung dan tidak langsung Pembaziran secara langsung boleh didefinisikan sebagai pembaziran yang melibatkan kerugian dalam bentuk fizikal bahan manakala pembaziran tidak langsung menerangkan pembaziran yang melibatkan penggunaan bahan yang mana pihak kontraktor tidak layak untuk memohon sebarang gantirugi. Di dalam dissertasi ini bebetapa tapak bina telah dipilih untuk dijadikan kajian kes. Antaranya ialah Majulia Sdn. Bhd, Selangor Industrial Corporation, L’grande Development Sdn. Bhd, PKNS Engeneering and Construction Bhd, HSA Gemilang Sdn. Bhd, Taming Bhd, Sungei Wei Construction, Kumpulan Sakata Sdn Bhd, Bina Alam Bersatu Sedn Bhd. Dan Mercumaju Sdn. Bhd. Oleh yang demikian, apa yang wajar dilakukan ialah sistem pengurusan yang teratur dan kaedah yang teliti perlu dititikberatkan agar dapat memberi suatu pandangan yang positif, maka hasilnya masalah pembaziran bahan binaan dapat ditangani.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Malek, Norsuzilawati
2000327376
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Kaliwon, Julaida
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Materials of engineering and construction
T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Building materials
T Technology > TH Building construction > Construction equipment in building
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian)
Keywords: Bahan binaan, nilai kadar, pembaziran
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26446
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 26446.pdf] Text
26446.pdf

Download (411kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

26446

Indexing

Statistic

Statistic details