Abstract
Tenaga solar adalah satu sumber tenaga yang boleh diperolehi secara mudah dan murah. Ia dikelaskan dalam kategori tenaga persekitaran. Ini termasuklah juga tenaga yang diperolehi dari angin, air dan terma. Tenaga ini tidak terhad dan boleh diperolehi secara percuma. Ia bebas dari sinaran yang merbahaya dan boleh ditukarkan kepada bentuk tenaga yang lain. Satu ciri penting kepada tenaga solar ialah ia merupakan tenaga yang semulajadi dan tidak menyebabkan pencemaran kepada persekitaran seperti bahan api yang lain. Projek yang kami jalankan: ‘ Kabinet pengering cili dengan menggunakan tenaga solar ’ adalah salah satu inisiatif untuk meluaskan lagi penggunaan tenaga suria. Alat ini menggunakan bahan-bahan yang murah dan mudah didapati seperti plastik lutsinar, kayu, batu dan jaringan dawai. Alat ini mempunyai kabinet yang memuatkan 6 rak pengering dan ianya dfcaiuti oleh plastik lutsinar. Batuan diletakkan pada bahagian bawah alat pengering ini yang juga dibaluti oleh plastik lutsinar. Alat pengering ini sesuai digunakan di kawasan yang senang diperolehi pancaran rnatahari dan ianya amat mudah digunakan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mahfodz, Mohd Faudzi UNSPECIFIED Mat Yusof, Yumi Baizurah UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Power resources T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Energy conservation T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Heat engines > Heat. Heat in its applications, as a source of power, etc T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Renewable energy sources > Solar energy |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma Kejuruteraan Mekanikal |
Keywords: | Kabinet pengering, cili, Tenaga solar |
Date: | 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26042 |
Download
26042.pdf
Download (2MB)