Abstract
Kecemerlangan akademik merupakan objektif utama bagi setiap pelajar. Ianya diukur melalui pencapaian keputusan peperiksaan setiap semester. Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan kaedah Himpunan Purata Gred Keseluruhan (HPGK) untuk mengukur prestasi akademik para pelajar dalam pembelajaran Di samping itu UiTM telah menetapkan bahasa Inggeris sebagai medium utama bagi seluruh sistem pengajian dan peperiksaan melibatkan semua fakulti dan kursus. Oleh itu prestasi HPGK seseorang pelajar di UiTM akan dipengaruhi oleh faktor bahasa pengantaraan tersebut iaitu bahasa Inggeris. Kajian ini menguji sama ada jantina, kampus dan program pengajian membezakan pencapaian HPGK pelajar. Selain itu kajian menilai sejauhmana bahasa Inggeris memberi kesan kepada HPGK seseorang pelajar serta mengenalpasti aspek dalam penguasaan bahasa Inggeris yang paling dominan mempengaruhi kecemerlangan di kalangan pelajar. Selanjutnya kajian juga mengukur sama ada tahap penggunaan bahasa Inggeris, sikap, motivasi, pengajian dan cabaran mempengaruhi prestasi
akademik pelajar. Hasil kajian mendapati pencapaian HPGK didasari oleh program pengajian Manakala faktor jantina dan kampus pula tidak dapat membezakan pencapaian tersebut. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan hanya aspek ulasan dalam penguasaan bahasa Inggeris serta motivasi mempengaruhi secara signiflkan pencapaian
kecemerlangan akademik pelajar di UiTM Zon Utara, meliputi cawangan Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal, Noor Saliza UNSPECIFIED Ismail, Normala UNSPECIFIED Yusoff, Zulkefli UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > English language L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Methods of study |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah |
Keywords: | Medium Utama; faktor bahasa pengantaraan; dominan mempengaruhi kecemerlangan |
Date: | February 2003 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25232 |
Download
LP_NOOR SALIZA ZAINAL RMI K 03_5.pdf
Download (130kB)