Abstract
Kajian ini merupakan sebuah kajian terhadap filem-filem yang bergenrekan muzikal di dalam Sinema Malaysia. Jadi tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kewujudan filem-filem bergenre muzikal dalam Sinema Malaysia seperti mana kewujudan genre-genre filem yang lain. Selain itu kajian ini juga akan cuba untuk mengenal pasti elemen - eleman yang mendasari genre muzikal. Melalui elemenelemen yang mendasari genre inilah yang akan diguna pakai dalam menganalisis sampel filem dalam mencari kewujudan filem muzikal dalam Sinema Malaysia. Fokus kajian ini adalah kepada beberapa buah filem dari tahun 1975 - 2006. Antara filemfilem yang akan dikaji adalah Cinta Dan lagu arahan Jamil Sulong pada tahun 1975, Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani pada tahun 1986, Kolej 56 arahan Ahmad Fauzee pada tahun 1988, Tempo 88 arahan M. Ramly pada tahun 1988, Main - Main Cinta arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen pada tahun 2006 dan Tipah Tertipu arahan Ahmad Idham pada tahun 2006. Filem-filem ini akan dikaji untuk dikenal pasti sama ada benar-benar muzikal ataupun hanya berorentasikan muzikal sahaja.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Zaki, Syahfiza UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Indexes (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda (KEP) Seni Layar |
Keywords: | Genre filem muzikal; Filem muzikal; Filem Melayu; Filem sinema Malaysia; Filem tempatan tahun1976-2006 |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/18740 |
Download
18740.pdf
Download (150kB)