Pengalaman perniagaan sebagai platform pembentukan kemahiran mahasiswa

Mohd Rizal, Nur Sabihah Maisarah and Ismail, Herda Balqis and Mohd Nor, Mohamad Norsyafiq (2025) Pengalaman perniagaan sebagai platform pembentukan kemahiran mahasiswa. e-DINAMIK. pp. 567-568. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini menganalisis pengalaman perniagaan makanan berasaskan resipi turun-temurun di Dapor Kueh Zary Dakbe sebagai platform efektif dalam membentuk kemahiran keusahawanan mahasiswa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kelangsungan operasi gerai ini didorong oleh kualiti makanan, kesegaran bahan, dan ketulenan rasa, di samping integrasi pemasaran digital menerusi platform media sosial seperti Instagram, Facebook, dan TikTok. Selain itu, persembahan hidangan yang menarik dan kemas turut dikenalpasti sebagai elemen penting yang mempengaruhi keputusan pembelian pelanggan, sekali gus membuktikan bahawa penglibatan praktikal dalam perniagaan dapat meningkatkan kemahiran keusahawanan, estetika penyediaan, dan profesionalisme mahasiswa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148016.pdf]
Text
148016.pdf
Download (570kB)
Indexing & Metrics