Produk Kuetiau Okara merupakan produk sekunder hasil daripada hampas kacang soya. Hampas kacang soya adalah bahan sampingan utama yang diperolehi daripada pemprosesan kacang soya yang dijadikan dalam beberapa produk makanan seperti minuman kacang soya, tauhu dan sebagainya. Namun demikian, bahan buangan ini masih lagi mengandungi nutrisi dan kaya dengan protein dan fiber. Oleh itu, hampas kacang soya digunakan sebagai bahan tambah yang boleh memberi nilai dalam penghasilan kuetiau okara. Ini sekaligus dapat membantu menyelesaikan isu masalah alam sekitar yang melibatkan bahan sampingan makanan. Penghasilan produk ini melibatkan proses pengeringan. Hampas kacang soya dikeringkan menggunakan mesin ketuhar pengering dan kemudiannya dijadikan bentuk serbuk. Serbuk hampas kacang soya dimasukkan dalam formulasi penghasilan kuetiau. Produk Kuetiau Okara yang dihasilkan mempunyai ciri organoleptik bau yang beraroma dan mempunyai rasa tawar. Dalam aspek ciri fizikal, produk mempunyai warna putih keperangan dan rupa bentuk licin dan berkilat. Produk ini mempunyai tekstur yang kenyal. Kajian ini menunjukkan produk kuetiau okara hasilan daripada hampas kacang soya boleh menjadi produk alternatif kesihatan kepada pengguna, malah dapat menjana keuntungan dalam aspek ekonomi, mengurangkan pembaziran serta dapat menyelesaikan masalah alam sekitar.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ramli, Rahiza Shima shima.ramli@kkbaganserai.edu.my Shafie @ Mohd Alias, Nur Nafisa nurnafisa@kkbaganserai.edu.my Abdul Halim, Ainul Husna ainul@kkbaganserai.edu.my |
| Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > Food processing and manufacture > Special foods T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 8 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 122-125 |
| Keywords: | High-fiber diet, Rice noodles, Soy wastes |
| Date: | 10 November 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147466 |
147466.pdf
