Abstract
Perkataan ‘Viral’ atau tular diambil daripada perkataan bahasa inggeris yang merujuk kepada penyebaran yang cepat dan pantas, umumnya digunakan dalam bidang kesihatan yang merujuk kepada penyebaran sesuatu virus kepada manusia. Dalam konteks perniagaan, viral marketing atau pemasaran tular merupakan salah satu cara untuk usahawan meraih jumlah penonton yang ramai dengan menfaatkan kekuatan dan kecenderungan para pelayar media sosial untuk menyebar, berkongsi dan mempengaruhi orang lain. Satu kajian telah dijalankan dikalangan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah untuk melihat keberkesanan teknik ‘Viral Marketing’ dikalangan mereka. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sama ada kesan daripada penggunaan Viral Marketing ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kewujudan produk (product awareness), kadar kemahuan untuk mencuba (intention awareness), dan juga jangkaan keberkesanan selepas mencuba (expectation awareness). Hasil kajian akan menunjukkan tentang keberkesanan dan juga teknik, masa, dan juga platform yang sesuai untuk menggunakan dalammencetuskan keinginan untuk mencuba dan membeli sesuatu produk baharu dikalangan pelajar. Kajian ini juga menyimpulkan bahawa sesiapa sahaja yang ingin menjadi pemula dalam perniagaan boleh memanfaatkan teknik Viral Marketing ini dengan cara menetapkan penciptaan kandungan (content) yang sesuai, kekuatan pemberi pengaruh (influencer) dan juga pengguaan testimoni dari pelanggan yang telah mencuba lebih awal. Terdapat beberapa cabaran yang perlu diketengahkan jika ingin meraih kejayaan dalam penggunaan viral marketing ini seperti dalam rekomendasi kajian. Akhir sekali, trend semasa yang memanfaatkan kecanggihan teknologi dan juga pilihan konten yang tepat mampu mewujudkan perasaan ingin mencuba kepada produk baharu seterusnya membolehkan sesuatu produk itu meraih jualan yang menguntungkan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Firdaus, Mohammad moham2373@uitm.edu.my Purag, Muraddin muraddin346@uitm.edu.my Ismail, Ahmad Ghazali ahmad2355@uitm.edu.my Mawardi, Faiqah faiqah716@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Marketing > Social aspects. Social marketing H Social Sciences > HF Commerce > Marketing > Telemarketing. Internet marketing H Social Sciences > HF Commerce > Marketing > Management > Product management > New products |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus |
| Journal or Publication Title: | Proceedings Borneo International Islamic Conference |
| ISSN: | 2948-5045 |
| Volume: | 14 |
| Page Range: | pp. 393-397 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Pemasaran tular (viral marketing), Pemberi pengaruh (influencer), Penciptaan kandungan (content creation) |
| Date: | 3 November 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142922 |
