Cabaran penerapan elemen Tazkiyah Al-Nafs dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru Sekolah Berasrama Penuh TMUA: perspektif guru.

Abdul Rahim, Nurul Huda and Zur Raffar, Izzah Nur Aida and Nik Dahalan, Nang Naemah (2026) Cabaran penerapan elemen Tazkiyah Al-Nafs dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru Sekolah Berasrama Penuh TMUA: perspektif guru. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 9 (1). pp. 110-120. ISSN 2600-9617
Identification Number (DOI): 10.24191/heqdzn22
Abstract

Pelaksanaan elemen Tazkiyah al-Nafs dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar tahfiz adalah penting untuk membentuk personaliti pelajar yang seimbang dari aspek rohani, emosi dan intelektual. Walau bagaimanapun, pengintegrasiannya ke dalam PdP harian menghadapi pelbagai cabaran, terutamanya dalam konteks Sekolah Berasrama Penuh Tahfiz Model Ulul Albab (SBP TMUA) yang menuntut kecemerlangan akademik dan hafalan al-Quran secara serentak. Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran guru dalam menerapkan elemen Tazkiyah al-Nafs melalui pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Temu bual separa berstruktur yang melibatkan enam orang guru daripada SMAP Bentong, SBPI Rawang, SBP Selandar dan SBP Batu Rakit dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan menunjukkan bahawa cabaran utama termasuk kekangan masa, tekanan terhadap pencapaian akademik dan hafalan, pemahaman guru tentang aplikasi praktikal Tazkiyah al-Nafs serta kepelbagaian latar belakang pelajar. Kajian ini memberikan implikasi khusus terhadap keperluan pembangunan profesional guru tahfiz melalui latihan pedagogi yang tertumpu kepada Tazkiyah al-Nafs serta menstrukturkan strategi PdP yang lebih seimbang dan holistik selaras dengan matlamat pendidikan TMUA.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142703.pdf]
Text
142703.pdf
Download (287kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics