Abstract
Perubahan ke atas masyarakat dilihat secara makro, daripada aspek pemikiran, pendidikan, sosio-budaya, ekonomi, politik dan sebagainya amat dipengaruhi dan dikesani oleh pembangunan pesat sains dan teknologi. Oleh yang demikian, persoalan-persoalan sains dan teknologi terlibat secara langsung dengan realiti kehidupan manusia dan sentiasa
berkembang selaras perkembangan intelektual manusia itu sendiri. S&T juga sentiasa mencipta masalah hukum yang lebih komplikated dan sofistikated serta menanti jawapan fiqh Islami yang konsisten dengan sifat fleksibel dan releven pada setiap era kehidupan insan. Sekaligus, memaksa para mujtahid untuk menggarapkan segala usaha kepakaran
ijtihadnya bagi mencari resolusi dan konklusi hukum yang berwibawa. Dalam soal ini, proses pemikiran yang dinamik ini merupakan pemangkin kepada lahirnya kronologi ilmu pengetahuan yang menjana fungsi akal secara optimum. Aplikasi elemen pemikiran saintifik dalam pengajian Syariah menjadi intisari dan fokus utama perbincangan untuk mendapatkan beberapa konklusi jitu yang mampu menyumbang kepada pembangunan sistem pengajian Syariah. la juga bakal memberikan suntikan idea ke arah pembaharuan kurikulum pengajian Syariah moden yang memiliki kredibiliti unggul setaraf dengan tradisi keilmuan Islam zaman kegemilangan silam.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahim, Rahimin Affandi faqir_ila_rabbih@um.edu.my Azhar, Alias UNSPECIFIED Abd Majid, Mohd Kamil UNSPECIFIED Md Dahlal, Nor Hayati UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BD Speculative Philosophy > Epistemology. Knowledge, Theory of B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Informika: Jurnal Peradaban Informasi dan llmu |
ISSN: | 2231-7104 |
Volume: | 1 |
Page Range: | pp. 121-136 |
Keywords: | Pengajian Syariah; Epistemologi; Pemikiran; Saintifik |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13867 |
Download
AJ_RAHIMIN AFFANDI ABD RAHIM INFORMIKA 11.pdf
Download (4MB)