Abstract
Konsep al-ta‘rif merupakan sebahagian dalam perbincangan ilmu mantik dan menjadi salah satu asas ilmu pengetahuan. Pada dasarnya al-ta‘rif amat penting untuk mengawal pemikiran manusia daripada tersilap dalam mengemukakan definisi dan dalil-dalil. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan konsep al-ta‘rif dan kepentingannya dalam tradisi keilmuan Islam. Untuk itu, kaedah kepustakaan digunakan sepenuhnya dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Data kajian diperolehi daripada karya-karya utama ahli falsafah dan sarjana-sarjana Islam khususnya yang banyak terlibat dengan kajian bidang mantik. Kerangka konseptual dibentuk dan dimantapkan menggunakan kaedah analisis tekstual deskriptif. Daripada analisis tekstual tersebut, konsep dan kepentingan pemikiran kritis Islam berasaskan pandangan tokoh-tokoh mantik dan falsafah khususnya dihurai secara terperinci agar dapat difahami tentang ilmu yang menjadi dasar kepada pelbagai bidang ilmu Islam tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa konsep al-ta’rif dibincangkan oleh pelbagai tokoh falsafah dan mantik dengan beberapa istilah yang sinonim iaitu alta‘rif, al-hadd dan al-qawl al-syarih. Istilah-istilah ini merujuk kepada makna yang sama iaitu keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna atau pengertian sesuatu perkataan, istilah dan sebagainya setelah diterangkan keseluruhan hakikatnya secara sempurna. Maka, al-ta‘rif amat penting dalam membentuk gambaran (tasawwur) dan pemikiran yang sempurna bahkan ia menjadi mukadimah ilmu-ilmu Islam seperti akidah, falsafah, ilmu kalam, fekah, usul al-fiqh, nahu dan lain-lain sebagaimana yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana Islam.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Junoh, Noraini jannahadnin@yahoo.com Mat Jusoh, Nor Asmira norasmira@kelantan.uitm.edu.my Yusuf, Norazmila norazmilayusuf@yahoo.com |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Islamic religious life B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 870-879 |
| Keywords: | Definition (philosophy), Islamic logic, Knowledge |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134689 |
