Analisis isu-isu semasa berkaitan makanan halal di Malaysia

Yaakub, Fadziani (2026) Analisis isu-isu semasa berkaitan makanan halal di Malaysia. Journal of Halal Science and Management Research, 2 (1): 6. pp. 66-74. ISSN 3093-8368

Official URL: https://journal.uitm.edu.my/OJS/index.php/JHSMR/

Identification Number (DOI): 10.24191/jhsmr.v2i1.10930

Abstract

Islam merupakan suatu cara hidup yang menyeluruh dan mengatur setiap aspek kehidupan manusia, termasuk dalam pemilihan makanan. Pengambilan makanan yang halal dan tayyib merupakan kewajipan bagi setiap Muslim. Bagi menjamin integriti makanan halal di Malaysia, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, antaranya penggubalan Akta Perihal Dagangan 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, serta pengenalan sistem pensijilan dan logo halal yang dikawal selia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Meskipun pelbagai peraturan serta mekanisme tadbir urus halal telah diwujudkan, beberapa isu berkaitan makanan halal masih berlaku di Malaysia. Isu-isu tersebut merangkumi penyalahgunaan logo dan sijil halal, kelemahan dalam pengurusan rantaian bekalan halal, ketidakpatuhan terhadap pelabelan makanan, isu yang melibatkan premis makanan, serta tahap kesedaran dalam kalangan pengguna Muslim. Sekiranya tidak ditangani secara berkesan, isu-isu ini berpotensi menjejaskan keyakinan pengguna terhadap sistem pensijilan halal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis isu-isu utama yang berkaitan dengan makanan halal di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis tematik terhadap dokumen-dokumen bertulis. Hasil kajian mendapati bahawa antara isu utama yang dikenal pasti ialah penyalahgunaan logo dan sijil halal, status premis makanan, pengurusan rantaian bekalan halal, serta tahap kesedaran pengguna Islam terhadap kepentingan pemilihan makanan halal. Sehubungan itu, penambahbaikan dari segi penguatkuasaan, pemantauan berterusan dan pendidikan pengguna adalah amat penting bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem makanan halal di Malaysia serta memastikan kelestarian industri halal negara.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yaakub, Fadziani
fadziani@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Halal food
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Halal Science and Management Research
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Journal of Halal Science and Management Research (JHSMR)
ISSN: 3093-8368
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 66-74
Keywords: JAKIM, Logo halal, Makanan halal, Premis makanan halal, Rantaian bekalan makanan halal
Date: March 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133874
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133874.pdf] Text
133874.pdf

Download (280kB)

ID Number

133874

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details