Konsep pemantapan jiwa menurut Imam Al-Ghazali dan perkaitannya dalam Pendidikan Islam

Baharizan, Nur Azyan and Sokhibul Fadil, Siti Aishah and Satari, Hisam (2018) Konsep pemantapan jiwa menurut Imam Al-Ghazali dan perkaitannya dalam Pendidikan Islam. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.7: 7. pp. 749-754. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Pelajar yang berada dalam zaman remaja sering berhadapan dengan krisis identiti diri dan mudah terjerumus ke dalam gejala sosial yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, hamil luar nikah, pembuangan bayi dan lain-lain. Antara punca keruncingan masalah ini sering dikaitkan dengan faktor kurang bimbingan dalam agama dan jiwa rohani yang kosong. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengetengahkan alternatif terbaik dalam memandu pelajar membina akhlak yang baik, berdisiplin, seimbang dan harmonis melalui proses pemantapan jiwa oleh Imam al-Ghazali. Dalam Islam, jiwa ialah unsur penting pada diri insan dan kebiasaannya dirujuk sebagai elemen spiritual yang melengkapi elemen fizikal insan. Selain itu, kertas ini turut menelusuri perkaitan proses pemantapan jiwa dalam pendidikan Islam disamping cuba mengemukakan alternatif cadangan amalan pemantapan jiwa bagi membimbing golongan remaja ke arah kehidupan yang lebih baik dan sejahtera. Metodologi yang digunakan bagi memenuhi tujuan kerja kerja ini adalah melalui kaedah analisis berdasarkan buku-buku, jurnal, tesis, artikel dan seumpamanya. Hasil analisis mendapati proses pemantapan jiwa oleh Imam al-Ghazali seperti musyaratah, muraqabah, muaqabah, mujahadah dan muatabah mampu membentuk akhlak pelajar yang mempunyai masalah sosial dan proses tersebut mempunyai perkaitannya dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Pendidikan Islam serta menghasilkan satu cadangan kerangka teori bimbingan amalan pemantapan jiwa untuk diamalkan oleh golongan remaja bagi mengisi jiwa rohani mereka.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Baharizan, Nur Azyan
nuraz2551@uitm.edu.my
Sokhibul Fadil, Siti Aishah
sitia833@ns.uitm.edu.my
Satari, Hisam
hisam@ns.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Islamic religious life > Sufism. Mysticism. Dervishes
L Education > LC Special aspects of education > Islamic education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 749-754
Keywords: Ghazali, Islamic education, Youth
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133792
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133792.pdf] Text
133792.pdf

Download (4MB)

ID Number

133792

Indexing

Statistic

Statistic details