Strategi penetapan harga dari perspektif ekonomi islam

Manshor@Mansor, Shahrinizam and Othman, Nor Azairiah Fatimah (2025) Strategi penetapan harga dari perspektif ekonomi islam. In: Beyond Lectures: Insights from Business Discipline- (Cultivating Writing Culture in Marketing, Management, Finance & Economics). 1 ed. Universiti Teknologi MARA, Johor, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Kampus Segamat, pp. 43-44. ISBN 9786297647043

Abstract

Kos sara hidup yang tinggi untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan pengangkutan telah mengakibatkan tekanan berpanjangan dalam kehidupan harian rakyat. Makanan dan minuman menunjukkan perbelanjaan tertinggi berbanding kategori lain dengan purata isi rumah Malaysia membelanjakan RM841 (16.3%) sebulan pada 2022 (Vethasalam, 2025). Keadaan ini memberi kesan yang ketara terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, yang terpaksa memperuntukkan sebahagian besar pendapatan mereka untuk memenuhi keperluan asas. Pada masa yang sama, tidak semua kelompok pengguna mampu untuk berbelanja lebih khususnya di kalangan golongan berkeluarga kerana mereka perlu menanggung pelbagai kos barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan seisi rumah.Sekiranya peningkatan kos sara hidup tidak seiring dengan peningkatan pendapatan, kuasa beli pengguna semakin terjejas dan mereka cenderung mengurangkan perbelanjaan terhadap barangan bukan keperluan. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup, malah boleh menimbulkan kesan berantai terhadap ekonomi negara seperti pengurangan permintaan barangan dan perkhidmatan, seterusnya memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan. Tambahan pula, tekanan kos sara hidup yang berpanjangan boleh membawa kepada isu psikososial seperti tekanan mental, ketidakstabilan emosi, dan konflik keluarga akibat kekangan kewangan. Dalam konteks ini, pengguna semakin berhatihati membuat keputusan pembelian dengan memberi keutamaan kepada harga, nilai dan kualiti, serta cenderung mencari alternatif yang lebih murah termasuk pembelian secara pukal, pilihan jenama generik atau memanfaatkan promosi.Oleh itu, memahami kesan peningkatan kos sara hidup terhadap pola perbelanjaan pengguna adalah penting untuk merangka strategi intervensi yang lebih berkesan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Manshor@Mansor, Shahrinizam
UNSPECIFIED
Othman, Nor Azairiah Fatimah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Price
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Consumer protection
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Business and Management
Page Range: pp. 43-44
Keywords: Kos sara hidup, Pola perbelanjaan, Kuasa beli, Kesejahteraan psikososial, Ekonomi isi rumah, Malaysia
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133122
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133122.pdf] Text
133122.pdf

Download (2MB)

ID Number

133122

Indexing

Statistic

Statistic details