Peranan organisasi pembelajaran dalam membentuk tingkah laku inovatif

Rahman, Khairunnisa and Mohd Yusoff, Yuslizawati and Omar, Nazihah and Mohamed Anuar, Rudza Hanim (2025) Peranan organisasi pembelajaran dalam membentuk tingkah laku inovatif. In: Beyond Lectures: Insights from Business Discipline- (Cultivating Writing Culture in Marketing, Management, Finance & Economics). 1 ed. Universiti Teknologi MARA, Johor, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Kampus Segamat, pp. 20-22. ISBN 9786297647043

Abstract

Globalisasi ekonomi yang mengarah kepada persaingan terbuka telah menuntut sistem pendidikan bertindak balas dengan lebih sensitif dan pantas terhadap perubahan dalam masyarakat dan kian dikenalpasti sebagai tumpuan kepada permasalahan dan penyelesaian untuk mengadaptasi dengan pantas dalam era globalisasi ini pengkaji bidang pengurusan organisasi telah mendapati bahawa jalan yang terbaik ialah membentuk budaya belajar untuk menyediakan sumber manusia yang lebih bijak dan berkesan. Jalan terbaik untuk mengembangkan budaya belajar ke tahap tinggi ialah melalui konsep organisasi pembelajaran. Konsep ini juga diharapkan dapat melahirkan budaya pembelajaran, di mana semua organisasi mempunyai keyakinan dan keupayaan mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran. Kecemerlangan sesebuah organisasi amat bergantung kepada kualiti para pekerjanya. Pekerja yang berkualiti tidak sahaja boleh diukur atau dinilai berdasarkan tahap pendidikan sahaja, sebaliknya pengukuran itu merangkumi aspek yang lebih luas antaranya pengalaman, kemahiran, bakat dan potensi diri. Pembangunan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, intelek, rohani dan emosi merupakan matlamat setiap organisasi. Organisasi pembelajaran ialah merupakan organisasi yang di dalamnya terdapat sekumpulan manusia yang mempunyai tujuan yang sama dengan komitmen yang kolektif untuk berubah kepada sesuatu yang bermakna dan dapat membangunkan organisasi secara berterusan dengan cara yang lebih efektif dan efisien untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rahman, Khairunnisa
khair330@uitm.edu.my
Mohd Yusoff, Yuslizawati
yusli908@uitm.edu.my
Omar, Nazihah
nazih573@uitm.edu.my
Mohamed Anuar, Rudza Hanim
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organizational change. Organizational development. Corporate turnarounds
H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Training of employees. Employer-supported education
L Education > LC Special aspects of education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Business and Management
Page Range: pp. 20-22
Keywords: Organisasi pembelajaran, Globalisasi ekonomi, Pembangunan modal insan, Budaya belajar, Pengurusan organisasi, Kualiti pekerja
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133088
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133088.pdf] Text
133088.pdf

Download (2MB)

ID Number

133088

Indexing

Statistic

Statistic details