Sakana roll

Mahasan, Nurul Huda and Mohd Sharif, Nurul Ain and Mohd Zulfikar, Muhammad Arman Iskandar and Daud Laksmana, Ummar Najmi (2023) Sakana roll. In: Johor Innovation Invention Competition and Symposium 2023. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 238-239. ISBN 978-967-0033-17-4

Abstract

Sakana Roll adalah satu produk inovasi makanan yang berasaskan ikan keli dan mengambil idea daripada produk satar ikan. Kebiasaannya satar ikan menggunakan daun pisang untuk membungkus dan menggunakan isi ikan laut namun, Sakana Roll adalah produk yang menggunakan isi ikan keli serta sayur bayam kemudian dibungkus menggunakan kulit popia. Nama inovasi di inspirasi dari bahasa jepun iaitu ‘Sakana’ bermaksud ikan. Penggunaan ikan keli dan sayur bayam dipilih disebabkan oleh khasiat yang sangat tinggi dan mudah didapati. Oleh itu pengguna dapat menerima manfaat protein dan serat secara langsung apabila memakan Sakana Roll ini. Kajian tahap penerimaan Sakana Roll dalam kalangan warga Kolej Komuniti Bera telah dilaksanakan dan hasil penilaian menunjukkan, penerimaan keseluruhan responden terhadap Sakana Roll adalah 80% Sangat Suka dan 20% pada tahap Suka. Penghasilan Sakana Roll dapat mempelbagaikan produk berasaskan ikan keli serta bayam di pasaran. Pengguna yang sukakan kuih popia juga mempunyai banyak pilihan kerana Sakana Roll juga boleh dinikmati seperti kuih popia yang sedia ada di pasaran iaitu boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos. Sakana Roll dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi makanan untuk semua golongan masyarakat terutamanya kanak-kanak yang tidak gemar mengambil sayur-sayuran dan ikan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahasan, Nurul Huda
UNSPECIFIED
Mohd Sharif, Nurul Ain
UNSPECIFIED
Mohd Zulfikar, Muhammad Arman Iskandar
UNSPECIFIED
Daud Laksmana, Ummar Najmi
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
T Technology > TX Home economics > Food service
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics
Volume: 1
Page Range: pp. 238-239
Keywords: Sakana roll, Ikan keli, Popia
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132102
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 132102.pdf] Text
132102.pdf

Download (3MB)

ID Number

132102

Indexing

Statistic

Statistic details