Abstract
Salah satu ibadah yang menjadi kewajipan bagi setiap Muslim yang mukallaf adalah ibadah solat. Antara kepentingannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pada masa kini, amalan beribadah khususnya solat dalam kalangan gelandangan yang beragama Islam di lihat tidak memuaskan. Amalan wajib seperti solat tidak terjaga, perkara-perkara asas berkaitan rukun iman tidak boleh dinyatakan secara teori dan begitu juga dengan puasa fardhu. Hal ini bersesuaian dengan kajian-kajian lepas yang menjelaskan amalan religiositi yang merangkumi akidah, akhlak ibadah adalah berada pada tahap rendah. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman dan penghayatan golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur berkaitan dengan ibadat solat. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik kepada 30 orang gelandangan yang menetap di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL). Data tersebut diproses dengan menggunakan pengisian Statistical Package for the Sciences (SPSS). Hasil kajian tersebut mendapati bahawa tahap kefahaman gelandangan berkaitan dengan solat berada pada tahap tinggi dengan purata min 4.19, manakala purata min bagi tahap penghayatannya pula adalah lebih rendah daripada mereka fahami iaitu 3.94 tetapi masih berada di tahap yang tinggi. Harapannya kajian ini dapat membantu para penyelidik sebagai jalan ke arah memperbaiki amalan mereka melalui penekanan kepada didikan agama.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Nik Abdul Aziz nikaziiz@gmail.com Abdul Ghani, Muhamad Zulkifli zulghani@ukm.edu.my Burhan, Nur Izzatul Husna heynahusna97@gmail.com Ismail, Mohd Hafizullah hefiz08@gmail.com Ismail, Mohd Khairul Anuar anuar785@kelantan.uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Islamic religious life |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 315-320 |
| Keywords: | Homeless persons, Islam, Prayer |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131984 |
