Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk membina modul pemantapan sahsiah ulul albab bagi pelajar Muslim. Pendidikan secara keseluruhannya ialah suatu proses mereka bentuk kebolehan dan sikap manusia. Proses ini membolehkan seseorang individu memperoleh keyakinan dan pertumbuhan kendiri. Keupayaan mereka mengimbangi pemantapan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Kajian berasaskan penyelidikan pendidikan bertujuan untuk menyediakan modul bagi program yang teratur dan sistematik, latihan dan perundingan dalam memantapkan sahsiah pelajar di semua peringkat utama, kedua dan ketiga. Modul ini dibina untuk membantu pelajar Muslim melahirkan generasi ulul albab yang mampu menjadi cekap dan perancang atau pemain global dan dilengkapi dengan integriti yang tinggi bagi menghadapi cabaran global. Kajian ini juga untuk membantu melengkapkan pelajar dengan kualiti-kualiti kepimpinan yang berasaskan prinsip-prinsip Islam dan kecenderungan lain yang perlu. Modul ini dibina untuk membolehkan pelajar Muslim menyeimbangkan di antara pembentukan peribadi dan pencapaian kecemerlangan akademik dan kebolehan lain. Kajian ini telah memilih Institut Al-Qur’an Terengganu (IQT) sebagai responden kerana mereka merupakan pelajar cemerlang akademik dan dalam masa yang sama menghafal Al-Qur’an. Mereka boleh dikategorikan sebagai generasi yang mempunyai ciri-ciri golongan ulul albab iaitu Qur’anik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Oleh itu, modul pemantapan sahsiah ulul albab perlu kepada pemahaman terhadap konsep khalifah Allah iaitu; tadabbur ayat-ayat Al-Qur’an dan tafakkur tanda-tanda kejadian ciptaan Allah. Akhirnya, gabungan kedua-dua pendekatan tersebut dapat mencetuskan rasa taqwa kepada Allah. Dengan lain perkataan adalah untuk melahirkan pelajar berfikiran saintifik yang sentiasa mengaitkan dengan kebesaran Allah sebagai pencipta dan bukan sekadar menghafal ayat dan surah al-Quran sahaja, malah dapat menghasilkan ummah yang menjalankan misi mereka sebagai khalifah dengan menyumbang kepada pembinaan negara dan rezeki yang global. Kajian ini bersifat kaedah campuran (mixed method) iaitu kualitatif dan kuantitatif. Ia melibatkan kaedah analisis kandungan (content analysis method), kaedah kontemplatif (contemplative method) dan kajian lapangan yang menggunakan instrumen soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan perisian modul sepanjang aktiviti yang dilaksanakan mendapat impak positif daripada peserta. Justeru, modul yang dibangunkan ini boleh digunakan sebagai rujukan dan memberi sumbangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mengemukakan satu program ko-kurikulum tambahan berasaskan konsep ulul albab untuk digunapakai oleh para pendidik dan pelajar Muslim.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Nur Anis anisabdullah5034@yahoo.com Embong, Rahimah UNSPECIFIED Yaacob, Azhar UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > Malaysia L Education > LC Special aspects of education > Islamic education > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 279-286 |
| Keywords: | Islamic education, Muslim students, Personality development |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131963 |
