Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis secara konseptual aplikasi wakalah dalam perkhidmatan ibadah seperti sedekah, korban, dan haji yang telah dikomersialkan secara meluas dalam kalangan masyarakat di Malaysia berdasarkan kerangka hukum Islam. Prinsip wakalah memainkan peranan signifikan sebagai mekanisme pelaksanaan tanggungjawab ibadah dan kebajikan sosial melalui saluran agensi formal, merangkumi entiti sektor awam, swasta, serta badan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan perkhidmatan berkenaan. Meskipun konsep wakalah berasaskan hukum syarak yang kukuh, namun pelaksanaan semasa menimbulkan beberapa isu kritikal, terutamanya berkaitan kesahan ibadah berasaskan perwakilan serta faktor komersial yang menjadi daya tarikan utama kepada agensi-agensi terlibat. Kajian ini dijalankan melalui pendekatan kualitatif dengan analisis kandungan terhadap sumber-sumber fiqh turath, peruntukan undang-undang semasa, serta garis panduan perkhidmatan ibadah sedia ada. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis secara deskriptif bagi menilai kesahan aplikasi wakalah dalam konteks pelaksanaan semasa menurut perspektif hukum Islam. Dapatan menunjukkan bahawa asas hukum terhadap penggunaan wakalah dalam perkhidmatan ibadah adalah jelas dan diperakukan, namun pelaksanaan yang dikomersialkan menuntut perhatian terhadap aspek ketelusan, pematuhan syariah, serta menjamin hak pengguna (muwakkil) dan agensi pelaksana (wakil). Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan pembentukan Kod Etika Perkhidmatan Ibadah Komersial sebagai langkah proaktif untuk mewujudkan kawal selia pelaksanaan wakalah secara beretika dan memelihara hak bersama.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Saad, Mohd Nazril nazril@uitm.edu.my Harun, Muhammad Safwan safone_15@um.edu.my Muhammad Ikhlas Rosele, Muhammad Ikhlas Rosele ikhlas@um.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | Journal of Halal Science and Management Research |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Journal of Halal Science and Management Research (JHSMR) |
| ISSN: | 3093-8368 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 63-82 |
| Keywords: | Hajj, Sadaqah, Qurban, Wakalah, Worship |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131718 |
