Abstract
Artikel ini bertujuan untuk membincangkan latar belakang tokoh, konsep tajdid, ketokohan Shah Wali Allah sebagai mujaddid dan kerangka pemikiran intelektualnya. Shah Wali Allah al-Dihlawi merupakan seorang sarjana Islam India yang amat berpengaruh dan terulung pada abad ke-18M. Beliau merupakan sarjana Islam yang syumul, pemimpin yang intelektual, Muslim yang beriltizam dan penulis yang prolifik. Memandangkan kepentingan pemikiran intelektual beliau kepada masyarakat awam terutamanya kepada Muslim seluruh dunia termasuk Malaysia, analisis pengaruh Shah Wali Allah dan sumbangannya memberi manfaat yang menyeluruh khususnya dalam bidang keintelektualan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif secara penyelidikan perpustakaan. Ia menggunakan metode induktif, deduktif, dan komparatif dalam menganalisis data-data yang berkaitan dengan biografi dan sumbangan pemikiran Shah Wali Allah. Hasil kajian ini mendapati bahawa Shah Wali Allah merupakan seorang mujaddid yang telah membawa pembaharuan dalam pemikiran umat Islam secara menyeluruh. Beliau juga telah memberi sumbangan besar dalam pelbagai lapangan ilmu melalui usahanya menjelaskan rahsia-rahsia syariat (asrar al-syari‘ah), menganalisis Sejarah Islam, memurnikan akidah tauhid daripada penyelewengan dan mempertautkan pelbagai aliran dan mazhab. Sumbangan pemikiran beliau dapat dijadikan rujukan kepada umat Islam dalam menghayati kehidupan sebagai umat Islam sebenar khususnya dalam menghadapi dunia globalisasi kini. Namun, penyelidikan yang lebih komprehensif pada masa hadapan perlu dilaksanakan bagi memperkemaskan lagi sumbangan pemikiran Shah Wali Allah dalam bidang keintelektualan Islam.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Junoh, Noraini jannahadnin@yahoo.com Yusof, Nurizam UNSPECIFIED Mat Zin, Mohd Nazri nazri743@kelantan.uitm.edu.my Mat Jusoh, Nor Asmira norasmira@kelantan.uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Islamic philosophy B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 23-29 |
| Keywords: | History, Islamic scholars, Shah Wali Allah |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131419 |
