Abstract
Artikel ini memfokuskan kepada perbandingan hakikat nubuwwah yang dibincangkan oleh dua orang tokoh terkemuka iaitu al-Dihlawi dan al-Farabi. Kajian perbandingan hakikat nubuwwah menurut al-Dihlawi dan al-Farabi amat penting dalam memberi kefahaman yang mendalam terhadap konsep tersebut. Hal ini kerana perbahasan tentang hakikat nubuwwah seringkali dibahaskan dalam kalangan ahli falsafah terutamanya ahli falsafah Muslim dan ia juga termasuk dalam salah satu prinsip asas dan rukun untuk keseluruhan struktur pemikiran Islam. Al-Dihlawi merupakan seorang tokoh pemikiran dan falsafah Islam India yang terkemuka pada abad ke-18M dan memberi sumbangan yang besar dalam memperkasakan pemikiran Islam pada masa tersebut. Al-Farabi pula seorang ahli falsafah Muslim yang terkenal khususnya dalam mengharmonikan pemikiran-pemikiran falsafah Yunani ke dalam falsafah Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan ke atas kitab Hujjah Allāh al-Bālighah dan Arā’ Ahl al-Madīnah al-Fāḍilah yang merupakan kitab paling komprehentif membincangkan tentang hakikat nubuwwah tersebut. Metode induktif, deduktif dan komparatif turut digunakan untuk menganalisis data-data yang diperolehi. Kajian ini mendapati bahawa terdapat persamaan dan perbezaan tentang hakikat nubuwwah yang dibincangkan oleh kedua-dua tokoh. Terdapat tiga aspek persamaan tentang hakikat nubuwwah, iaitu ia mempunyai hubungan yang erat dengan perbincangan tentang Tuhan dan alam, ia juga berkisar dalam aspek politik dan moral serta menekankan tentang kesempurnaan fizikal, jiwa dan akal para Nabi. Dari sudut perbezaannya, al-Dihlawi dan al-Farabi mengemukakan perbahasan kenabian berdasarkan istilah mereka yang tersendiri. Al-Dihlawi menggunakan istilah-istilah yang terdapat dalam al-Quran merujuk kepada keadaan jiwa para Nabi yang menerima wahyu daripada Allah SWT melalui al-Mala’ al-A‘la dengan memiliki sifat mufahhamūn. Sementara al-Farabi menjelaskan bahawa para Nabi berhubung dengan alam ketuhanan melalui al-‘Aql al-Fa‘al yang mana mereka telah dilengkapkan dengan akal dan daya imaginasi yang tinggi (al-quwwah al-mutakhayyilah). Usaha untuk menyedarkan masyarakat melalui analisis perbandingan terhadap hakikat nubuwwah ini diharap dapat menepis segala salah faham tentangnya seterusnya menjernihkan pemikiran akidah dalam kalangan umat Islam kini.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Zin, Mohd Nazri nazri743@kelantan.uitm.edu.my Hashim, Ibrahim UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Islamic philosophy B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Study and teaching. Qurʼan studies. ʻUlūm al-Qurʼan |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 9-17 |
| Keywords: | Islam, Islamic philosophy, Prophets |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131417 |
