Abstract
Nama pemilik Kedai Kak Chah adalah Siti Habshah Abd Kader yang lebih mesra dengan panggilan Kak Chah. Kedai Kak Chah menjual pelbagai kerepek dan makanan sejuk beku di Felda Lakum, Lanchang, Pahang. Namun, produk popular kedai beliau adalah kerepek jejari. Sejak dari zaman persekolahan, Kak Chah telah menunjukkan minat berniaga dengan menjual kerepek jejari pedas bersira cili. Yang menariknya, kerepek ini dihasilkan oleh beliau sendiri tanpa bantuan sesiapa. Beliau berasa sangat teruja apabila melihatkan hasil air tangannya laris dan habis terjual pada setiap hari, terutamanya dalam kalangan rakan-rakan termasuk guru-guru sekolah. Bertitik-tolak daripada ini dan mula berasa seronok memperoleh wang saku, beliau mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan secara serius.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Normala nmala391@uitm.edu.my Khalid, Mohamad Kamil Ariff kamildk@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Food industry and trade. Halal food industry. Certification > Malaysia T Technology > TX Home economics |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development |
| ISSN: | 2682-7824 |
| Number: | 11 |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Keywords: | Keusahawanan mikro, Kerepek jejari, Makanan sejuk beku, Pemasaran mulut ke mulut, Penjenamaan semula, Industri makanan |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127797 |
