Abstract
Kajian kes ini menganalisis pelaksanaan dan impak Projek Koridor Keusahawanan yang dianjurkan oleh Unit Keusahawanan MASMED di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, selari dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 untuk melahirkan graduan holistik. Projek ini, yang melibatkan penempatan tiga buah pushcart di kolej kediaman pelajar, memberi tumpuan kepada pemberdayaan pelajar asnaf di bawah seliaan Unit Zakat. Objektif utama projek adalah (1) Menjana Pendapatan bagi pelajar asnaf; dan (2) Menyediakan Latihan Praktikal dalam pengurusan perniagaan. Pelajar yang dipilih diwajibkan memiliki sijil SSM, suntikan tiroid, dan kursus pengendalian makanan, serta dikenakan kadar sewaan pushcart yang rendah (RM10 sehari). Hasil kajian mendapati projek ini memberi impak yang sangat positif, di mana para pelajar mampu mencapai pulangan modal dalam tempoh sepuluh hari dan menjana pendapatan sehingga RM200 seminggu. Selain itu, pelajar turut menerima latihan intensif dalam aspek memasak, pengurusan kewangan, dan pembelian bahan mentah. Projek ini berjaya meningkatkan budaya keusahawanan di kampus dan disyorkan untuk diperluaskan dengan penambahan pushcart dan lokasi yang lebih strategik pada masa hadapan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Jaini, Azila azilajaini@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia T Technology > TX Home economics > Food service > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development |
| ISSN: | 2682-7824 |
| Volume: | 13 |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Keywords: | Keusahawanan pelajar, Koridor keusahawanan, PKS, Pelajar asnaf, UiTM, Latihan praktikal, Pengurusan makanan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127584 |
