Abstract
Penyelidikan ini membincangkan persepsi pekerja terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan dan tahap komitmen pekerja di UiTM Kampus Segamat. Sampel seramai 102 orang pekerja di peringkat pelaksana telah dipilih secara convenience sampling daripada semua jabatan. Kaedah tinjauan soal selidik telah digunakan untuk mengumpulkan data. Soal selidik Supervisory Behavior Description Questionnaire yang diadaptasi daripada Edwin Fleishman digunakan untuk menentukan jenis gaya kepimpinan yang diamalkan di Kampus Segamat, manakala soal selidik yang digunakan untuk mengukur komitmen pekerja diadaptasi daripada Porter dan Smith. Kedua-dua soal selidik ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Ujian kebolehpercayaan (reliability test) telah dilakukan ke atas soalan-soalan dalam ketiga-ketiga faktor iaitu consideration, initiating structure dan komitmen. Nilai Alpha Cronbach bagi dua dimensi kepimpinan adalah amat baik iaitu lebih daripada 0.75, manakala soal selidik bagi faktor komitmen mempunyai nilai Alpha Cronbach kurang daripada 0.70. Hasil daripada ujian korelasi Spearman’s rho pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan serta positif antara gaya kepimpinan dimensi consideration dengan komitmen pekerja. Walaupun wujud hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan initiating structure dengan komitmen, hubungan tersebut menunjukkan arah yang berlawanan (negatif). Penemuan lain dalam kajian ini ialah tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam tanggapan pekerja terhadap dua dimensi gaya kepimpinan dari segi kumpulan pekerja mahupun faktor jantina. Komitmen pekerja berdasarkan faktor jantina tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan, tetapi wujud perbezaan komitmen dari faktor kumpulan pekerja. Secara keseluruhan, komitmen pekerja UiTM Kampus Segamat adalah tinggi. Hasil penemuan dalam kajian kes ini amat bernilai dalam membangunkan program pembangunan sumber manusia. Kepercayaan dan komitmen pekerja yang sedia ada perlu dipertingkatkan lagi supaya pekerja dan organisasi mempunyai satu matlamat yang sama dalam mencapai misi organisasi.
Metadata
| Item Type: | Research Reports |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Denan, Zarina UNSPECIFIED Abu Bakar, Bazri UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Sawiran, Mohd Sahar UNSPECIFIED Thesis advisor Ibrahim, Zin UNSPECIFIED Thesis advisor Ismail, Yusri UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Leadership. Transformational leadership L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Personnel management > Administrative personnel |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Business and Management |
| Keywords: | Gaya kepimpinan, Komitmen pekerja, Persepsi pekerja, Supervisory Behavior description questionnaire, UiTM Kampus Segamat, Pembangunan sumber manusia |
| Date: | 2003 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127321 |
Download
127321.pdf
Download (419kB)
Digital Copy
Physical Copy
ID Number
127321
Indexing
